Khamis - 6 Oktober 2011

Tips Pemilihan Sofa
Aspek Penjagaan
  • Contohnya, sofa fabrik daripada bahan kapas lebih mahal dan memerlukan penjagaan rapi manakala sofa PVC dan kulit mudah dijaga.Bagaimanapun, penggunaannya lebih praktikal di ruang berhawa dingin kerana jika keadaan ruang terlalu panas, sofa jenis ini meninggalkan kesan melekit dan berdaki.
  • Penjagaan sofa daripada bahan kayu dan rotan adalah terbaik kerana tidak banyak menimbulkan masalah. Apa yg perlu dijaga adalah sarung kusyen.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 29 September 2011

Tips Pemilihan Sofa
Perbandingan Harga
  • Jenama, jaminan mutu, keistimewaan bahan yg digunakan dan reka bentuk terkini akan mempengaruhi harga.
  • Pengguna digalakkan membuat perbandingan harga kerana barang mahal belum tentu bermutu tinggi, begitu juga yg mempunyai reka bentuk unik tak semestinya tahan lama.
  • Nilai perabot terletak pada mutu dan keaslian bahan. Jangan tergesa2 membli perabot kerana penggunaannya bukan untuk setahun dua tetapi melebihi jangkaan masa 10 tahun.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 11 Ogos 2011

Tips Pemilihan Sofa
Pemilihan Warna dan Corak

Kombinasi warna sofa memberi kesan kepada suasana ruang. Warna perlu lebih menonjol daripada warna langsir atau bahan kemasan lain di ruang berkenaan. Oleh itu, anda perlu kreatif dalam mempelbagaikan corak fabrik supaya sesuai dengan konsep hiasan yg mahu diterapkan.

Pilihan fabrik bercorak klasik dikatakan paling sesuai jika mahu mewujudkan ruang bergya eksklusif atau kedesaan. Reka bentuk corak berjalur, geometri dan bintik adalah pilihan yg sesuai bagi mereka yg mahu menghasilkan suasana ringkas atau berkonsepkan kontemporari.

Jika ruang terhad, elak guna fabrik corak bunga besar kerana ruang akan kelihatan sempit sebaliknya guna fabrik berjalur supaya ruang nampak lebih luas, tinggi dan selesa.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 4 Ogos 2011

Pemilihan Sofa
Kesesuaian UkuranPastikan sofa tidak terlalu besar sehingga menyempitkan ruang yg memang sudah kecil atau sofa terlalu kecil di ruang yg luas sehingga mewujudkan banyak ruang lopong. Paling penting, ukuran sofa mestilah tidak menganggu pergerakan penghuni. Sebaiknya, guna sofa berukuran sederhana dan mudah alih. Sofa rotan atau kayu adalah pilihan paling ideal berbanding sofa lain yang umumnya berukuran satu setengah kali lebih besar.

Bagaimanapun, ada juga sofa kayu berukir yg besar ukurannya dan hanya sesuai untuk ruang luas. Bagi ruang sederhana luas, letakkan sofa 2 dan 3 tempat duduk manakala ruang sempit, memadai sofa 2 tempat duduk dan sepasang sofa 1 tempat duduk.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 28 Julai 2011

Pemilihan Sofa

Kelebihan Reka Bentuk - Pelbagai reka bentuk sofa di pasaran, daripada gaya klasik, tradisional atau nusantara sehinggalah moden dan kontemporari yg mempunyai kelebihan tersendiri.

Sofa yang hendak dipilih perlu disesuaikan dengan tema dan konsep ruang kediaman supaya tidak nampak asing. Jika tidak berkenan pengguna boleh menempah mengikut citarasa.

Satu lagi bentuk sofa popular sekarang ialah yg boleh diubah suai menjadi katil. Penggunaannya pratikal, terutama di kediaman yg mempunyai ruang terhad. Ia juga mencerminkan gaya hidup moden.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 21 Julai 2011

Pemilihan Sofa
Kekuatan Bahan - Selain fabrik, kediaman juga boleh dihiasi dengan sofa kayu dalam pelbgaai kemasan sama ada warna hitam, coklat kemerahan, coklat kehitaman atau coklat. Ada juga sofa rotan dengan dgn gaya semula jadi yg boleh digabung dengan kusyen fabrik.

Bagi menampilkan imej moden dan minimal, pilihan sofa daripada bahan kemasan kulit atau PVC sangat sesuai namun sukar dijaga, terutama bagi yg mempunyai anak sedang membesar dan lasak kerana mudah terkoyak terutama jika bahan kemasan itu bukan bahan asli yg mempunyai jaminan.

Ketika ini sofa yg dihasilkan daripada gabungan bahan tertentu misalnya kayu dan anyaman rotan menjadi pilihan bagi kediaman yg berkonsepkan nusantara dan tropika.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 30 Jun 2011

Tiga Langkah Menangani Kemarahan



  1. Berhenti seketika sambil mengakui anda sebenarnya sedang marah dan cuba bertenang.
  2. Rancang fikiran anda mengikut kebijaksanaan dan bukan emosi.
  3. Bertindak menggunakan daya tindak yg berkesan. Dengan itu, anda akan lebih tenang menghadapi sebarang keadaan mendesak. Amalkan cara hidup sihat termasuk bersenam, beriadah dan meditasi menggunakan muzik.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 23 Jun 2011

Tanda2 Yg Anda Sedang Menghadapi Tekanan


  • Tingkah laku yg agresif
  • Tidak gembira
  • Berasa marah dan geram
  • Kecewa
  • Kurang memberi tumpuan pada pekerjaan
  • Berasa diri tiada harapan
  • Kurang motivasi diri
  • Gelisah dan risau berlebihan
  • Mempunyai masalah tidur
  • Merokok dengan berlebihan
  • Kurang berminat dalam aktiviti yg dilakukan
  • Sakit kepala atau sakit badan
  • Tidak dapat membuat keputusan
  • Cepat marah
  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol
  • Lesu
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 16 Jun 2011

Tip Untuk Mengurangkan Caj Kad Kredit


Anda boleh mengelak daripada dikenakan beberapa jensi caj tetapi masih boleh mengecapi manfaat yg diperolehi daripada penggunaan kad kredit.
  • Pilih tawaran yg terbaik.
  • Gunakan kad ATM anda untuk membuat pengeluaran wang tunai. Utamakan menggunakan wang tunai dan gunakan kada kredit sebagai langkah terakhir atau kes2 kecemasan sahaja.
  • Elakkan daripada dikenakan kos kad kredit yg tidak wajar. Buat pembayaran sebelum tarikh yg ditetapkan seperti yg tercatat pada penyata kad kredit. Pastikan alamat anda yg disimpan oleh pengeluar kad kredit adalah tepat agar penyata bulanan diterima secepat mungkin.
  • Pembayaran bulanan dibuat pada tahap minimum akan melengahkan tempat pembayaran balik dan meningkatkan jumlah faedah yg harus anda bayar. Langsaikan baki belum jelas anda supaya faedah tidak akan dikenakan.
  • Hadkan jumlah kad kredit yg dipegang berdasarkan keperluan dan kemampuan pembayaran anda
  • Berwaspada terhadap sebarang perubahan pada dasar dan kadar faedah. Contoh pengeluar kad kredit anda mungkin akan menaikkan yuran atau menukar syarat2 pemegang kad kredit
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 9 Jun 2011

Tips Memilih Kad KreditPengeluar kad kredit menawarkan tempoh tanpa faedah, yg biasanya 20 hari dari tarikh urus niaga mula direkodkan atau tarikh penyata sehingga tamat tempoh berakhir, kecuali dalam transaksi pendahuluan wang tunai dan pemindahan baki. Oleh itu, pilihlah kad kredit yg menawarkan tempoh tanpa faedah yg lebih panjang.

Kebanyakan pengeluar kad kredit mengenakan yuran di samping caj kewangan apabila anda menggunakan kad kredit untuk mendapatkan pendahuluan wang tunai atau pemindahan baki. Yuran bagi pendahuluan wang tunai mungkin dalam lingkungan 3% hingga 5% daripada jumlah pendahuluan wang tunai. Oleh itu, pilihlah kad kredit yg mengenakan yuran yg rendah bagi pendahuluan wang tunai dan pemindahan baki.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 2 Jun 2011

Tip Memilih Kad KreditSebahagian besar keuntungan perniagaan kad kredit adalah berpunca daripada caj kewangan. Anda akan dikenakan caj kewangan jika anda tidak membayar sepenuhnya baki belum jelas selepas tamat tempoh masa tanpa faedah berakhir.

Walau bagaimanapun, bagi pendahuluan wang tunai dan pemindahan baki, anda mungkin dikenakan yuran dan caj kewangan bermula dari tarikh urus niaga tersebut dibuat. Halakan tumpuan anda kepada yuran pendahuluan wang tunai dan pemindahan baki, caj kewangan dan tempoh tanpa faedah yg ditawarkan oleh pengeluar kad kredit tersebut.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 26 Mei 2011

Apa yg Berlaku Selepas Kenderaan Anda Ditarik?

Dlm masa 21 hari selepas kenderaan anda ditarik, institusi perbankan akan memberi kepada anda dan setiap penjamin notis Jadual Ke-5 yg membenarkan anda membayar balik jumlah hutang kepada mereka. Anda boleh meminta mereka memulangkan kenderaan bermotor anda dengan ;
  • Menjelaskan semua jumlah yg tertunggak dan belanja tunai langsung termasuk kos penyimpanan, pembaikan atau penyelenggaraan, kos penarikan dan penghantaran balik yg ditanggung oleh institusi perbankan atau
  • Membayar balik jumlah baki hutang sepenuhnya dan menyelesaikan semua belanja tunai langsung termasuk kos penarikan, pembaikan atau penyelenggaraan.
Jika anda atau penjamin tidak menyelesaikan jumlah belum jelas seperti yg ditetapkan dalam notis Jadual Ke-5 dlm tempoh 21 hari selepas notis Jadual Ke-5 dihantar kpd anda, institusi perbankan berhak menjual kenderaan bermotor anda melalui lelongan awam atau menawarkan kepada anda untuk membeli kenderaan tersebut pada harga yg lebih rendah daripada harga anggaran yg ditetapkan dalam notis Jadual Ke-5.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 12 Mei 2011

Apa yg Anda Perlu Buat Jika Kenderaan Anda Ditarik?

Apakah proses yg terlibat dalam penarikan balik kenderaan?
  • Sebelum menarik kenderaan anda, institusi perbankan perlu menghantar Notis Jadual Keempat yg merupakan notis bertulis yg menyatakan hasrat mereka untuk menarik kenderaan anda.
  • Notis tersebut luput dlm masa 21 hari. Notis kedua akan dikeluarkan 14 hari selepas tarikh notis Jadual Keempat, utk memberitahu bahawa institusi perbankan berhasrat menarik kenderaan anda selepas luput notis Jadual Keempat. Anda boleh mengelakkan penarikan kenderaan anda dengan membayar jumlah tertunggak seperti yg dinyatakan dalam Jadual Keempat sebelum tempoh 21 hari atau memulangkan kenderaan tersebut kepada institusi perbankan sebelum tarikh luput.
  • Anda perlu menjelaskan baki hutang selepas ditolak nilai kenderaan tersebut.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 5 Mei 2011

Apa yg Anda Perlu Buat Jika Kenderaan Anda Ditarik?


Siapakah yg boleh menarik kenderaan?

Biasanya institusi perbankan akan melantik penarik yg berdaftar dengan Persatuan Syarikat2 Sewa Beli Malaysia untuk menarik balik kenderaan bermotor. Sebelum menarik balik kenderaan bermotor, penarik mestilah menunjukkan kad pengenalannya, kad kuasa dan surat arahan penarikan yg dikeluarkan oleh institusi perbankan yg membenarkan penarik mengambil kenderaan bermotor tersebut. Anda boleh meminta untuk melihat kad pengenalan dan kad kuasanya sebelum menyerahkan kenderaan bermotor anda.

Ikuti sambungan tips ini minggu hadapan untuk mengetahui proses yg terlibat di dalam penarikan balik kenderaan.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 28 April 2011

Tips Menghadiri Temuduga
  • Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda. Beri jawapan dengan jelas dan lantang.
  • Jangan bersikap ego.
  • Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, jika perlu ambil masa untuk berfikir untuk menjawab.
  • Banyakkan senyuman tapi jangan terlebih senyum.
  • Berikan penekanan dalam jawapan anda yg menyokong butiran yg tertulis dalam CV atau resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yg tidak boleh dicapai oleh orang lain.
  • Tunjukkan yg anda berminat terhadap pekerjaan ditawarkan dan benar2 mahu bertugas dengan syarikat itu.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 14 April 2011

Tips Memilih Perabot untuk Luar Rumah
  • Anda boleh menggantung buaian jika ada pokok untuk menggantungnya.
  • Kerusi taman amat sesuai di letak di tepi kolam renang atau di laman rumah ataupun set buaian dariada kemasan besi tempawan juga amat popular sekarang ini. Set buaian ini amat tahan lama dan tahan karat.
  • Pintu gerbang daripada pokok menjalar amat cantik untuk dekorasi taman anda
  • Kalau anda suka minum petang dengan keluarga di luar, apa kata beli satu set kerusi taman yang lengkap dengan kerusi dan meja. Warna dan gaya juga amat penting untuk perabot di luar rumah.
  • Sebuah kerusi batu (tarazo) dikelilingi batu2 dan pasu2 kendi berwarna tanah dapat memberikan suasana berbeza daripada set kayu jati yg sememangnya sudah biasa digunakan.
  • Namun, pertimbangkan dahulu bajet anda. Perabot taman memang sama mahalnya dengan perabot di dalam rumah. Barang yg murah tidak semestinya selamat dan tahan lama.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 7 April 2011

Tips Jimat Minyak
  • Apabila lampu isyarat bertukar hijau, anda tidak perlu bergerak laju. Lebih kuat anda menekan pedal minyak, lebih banyak minyak yg digunakan. Sebaliknya, tekan perlahan2 & anda dapat menjimatkan banyak petrol daripada dulu.
  • Jika anda melihat lampu isyarat bertukar kepada merah, cepat2 tekan pedal brek daripada menunggu sehingga mencapai ke hujung jalan. Pijak brek secara perlahan agar kereta anda dapat berehat seketika dan ini menjamin ketahanan pad brek.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 31 Mac 2011

Peranan Ibu Bapa terhadap Anak2 Remaja

  • Memantau aktiviti anak2
  • Mengenal dan berkawan dgn rakan2 anak
  • Mengenal dgn guru2 di sekolah anak dan hadir masa perjumpaan dgn guru
  • Memberikan kasih sayang tetapi jangan sampai keterlaluan
  • Memberikan pendidikan agama
  • Memantau & membantu pencapaian akademik anak
  • Merujuk kepada pakar atau kaunselor sekiranya anak ada masalah
  • Menjaga keharmonian keluarga dgn ibu dan bapa sebagai contoh yg baik
  • Mengadakan aktiviti bersama keluarga dgn melibatkan semua ahli seperti bercuti, makan bersama, bermesyuarat dalam semua hal yg berkaitan.
  • Menghormati peranan setiap anak dalam keluarga
  • Banyakkan berdoa dan berfikiran positif
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 24 Mac 2011

Mengapa Remaja Lari Dari Rumah?

  • Keluarga yg bermasalah - ibu bapa bercerai
  • Kemiskinan
  • Kekurangan kasih sayang
  • Adik beradik yg ramai
  • Tidak sehaluan dengan ibu atau bapa tiri
  • Penderaan fizikal atau seksual
  • Keadaan rumah yg sempit
  • Personaliti remaja iaitu penghargaan kendiri yg rendah
  • Cara gaya disiplin ibu bapa yg dikatakan terlalu ketat
  • Mencari kebebasan
  • Cinta ikut teman lelaki atau tunang dan ada juga teman sejenis
  • Mengandung anak luar nikah
  • Disisihkan daripada adik beradik yg lain
  • Ibu bapa yg selalu berkelahi depan anak2
  • Ibu bapa yg selalu membebel
  • Ibu bapa memberi tekanan dalam pencapaian akademik
  • Berkelahi dengan ibu atau bapa
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 17 Mac 2011

Penggunaan Peralatan Elektrik Dalam Rumah
Alat Penghawa Dingin
  • Pilih penghawa dingin dengan kapasiti yg sesuai mengikut keperluan dan keluasan ruang.
  • Kadar suhu yg sesuai digunakan adalah antara 22 hingga 24°C. Elakkan menggunakan paras suhu yg sgt rendah kerana memaksa alat penghawa dingin bekerja lebih berat.
  • Pastikan ruang tertutup rapat agar suhu tetap terjaga dan elakkan elemen yg menghalang udara dingin keluar dari alat penghawa dingin.
  • Alat penghawa dingin hendaklah diselenggara secara berkala setiap 3 bulan bagi mengekal kesejukan dan jangka hayat peralatan, terutama kompresor.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 10 Mac 2011

Penggunaan Peralatan Elektrik Dalam Rumah
Mesin Basuh
  • Pilih dan gunakan mesin basuh yg sesuai dengan kapasitinya. Mesin basuh yg digunakan melebihi kapasitinya akan mengakibatkan mesin terpaksa bekerja keras dan lebih cepat rosak.
  • Pastikan jumlah kapasiti adalah penuh kerana jika dimasukkkan separuh kapasiti jumlah tenaga yg digunakan tetap sama.
  • Gunakan fungsi pengering mesin basuh apabila perlu. Lebih baik menggunakan sinar matahari untuk mengeringkan pakaian.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 3 Mac 2011

Penggunaan Peralatan Elektrik Dalam Rumah
Peti Sejuk



  • Pilih kapasiti peti sejuk yg sesuai dengan penggunaannya. Jangan sesekali terpengaruh dengan membeli peti sejuk berkapasiti besar tanpa mempertimbangkan penggunaannya. Penggunaan tenaga lebih tinggi apabila kapasiti semakin besar.
  • Elakkan teralu kerap membuka dan menutup peti sejuk untuk menghindari udara dingin keluar.
  • Jangan masukkan masakan panas terus ke dalam peti sejuk. Dinginkan terlebih dahulu hingga mencapai kadar suhu ruang sebelum memasukkannya.
  • Guna peti sejuk yg mempunyai tenaga cekap kerana ini boleh menjimatkan kos elektrik hingga 25%.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 24 Februari 2011

Penggunaan Cahaya Dalam Rumah




  • Gunakan mentol dan lampu jimat tenaga yg dapat menjimatkan penggunaan tenaga hingga 80%.
  • Menggunakan kadar cahaya lampu yg betul seperti ketika membaca menggunakan cahaya yg terang dan apabila menonton televisyen atau video, gunakan lampu yg malap.
  • Menggunakan kadar watt yg rendah pada koridor, laluan tangga atau bilik stor kerana ruang ini tidak memerlukan cahaya dan sekadar untuk menerangi.
  • Lampu kalimantang (fluorescent) biasa lebih menjimatkan berbanding lampu pijar (incandescent)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 17 Februari 2011

Kaedah Penjimatan Elektrik

  • Menutup semua lampu dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan (terutamanya pada plug)
  • Membenarkan pengaliran udara semula jadi dalam rumah bagi menyejukkan ruang dan mengurangkan penggunaan peralatan hawa dingin dan kipas.
  • Mempraktikkan penggunaan tenaga yg cekap ketika menggunakan peralatan rumah.
  • Memeriksa kadar penggunaan tenaga pada peralatan. Kadar bintang yg tinggi bermakna penggunaan tenaga yg lebih cekap.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 10 Februari 2011

Tips Berhenti Merokok


  • Lengahkan tindak balas keinginan merokok seperti melambat2kan mencari rokok. Jika rokok ada di tangan, jangan nyalakan terus, tunggu sekurang2nya 5 minit. Keinginan untuk merokok akhirnya akan hilang juga.
  • Tarik nafas panjang2 sebanyak 3 kali secara perlahan2.
  • Buatlah sesuatu yg boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok, contohnya bersiar2, makan angin, berkebun, telefon, bermain muzik, membaca buku dan lain2 lagi.
  • Minum air banyak2, sebaik2nya air galian atau air suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh kerana ia membuatkan anda rasa ingin merokok semula selepas meminumnya.
  • Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
  • Mengunyah sesuatu seperti lobak merah, buah epal dan sebagainya dan elakkan sesuatu yg manis seperti gula2.
  • Jika berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 27 Januari 2011

Tips Mengurangkan Kos Perubatan

  • Buat pemeriksaan fizikal secara konsisten.
  • Sebelu membuat sesuatu rawatan, berbincanglah dengan doktor terbabit. Contohnya tentang kewangan anda sebelum membuat keputusan untuk menjalani sebarang pembedahan atau program kesihatan. Mungkin doktor tersebut boleh mencadangkan kaedah rawatan pilihan yg boleh menjimatkan wang anda.
  • Jika anda bekerja makan gaji, sesetengah syarikat yg prihatin sanggup menanggung kos perubatan para pekerja mereka.
  • Untuk rawatan pergigian, prihatin dengan tahap kebersihan gigi anda terutamanya anak2 yg masih kecil
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 20 Januari 2011

Tips Mengurangkan Kos Perubatan

  • Pilih doktor keluarga atau doktor khas anda. Apabila anda sudah lama mengenali doktor itu, pasti dapat mengurangkan sedikit kos perubatan.
  • Apabila ada ahli keluarga yg sakit, jemput doktor khas yg anda pilih itu datang ke rumah, sekurang2nya ia dapat menjimatkan masa dan tenaga anda.
  • Minta doktor tersebut menuliskan preskripsi jenama ubat2an yg perlu diambil. Cari sendiri di farmasi dan untuk berjimat, tanpa pada ahli farmasi itu jenama yg lebih murah untuk jenis ubat yg sama.
  • Tambahkan ilmu dalam bidang perubatan, banyakkan pembacaan melalui surat khabar, majalah atau buku2 yg berkaitan. Ketahui punca penyakit, cara mencegah atau mengubatinya.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments