Khamis - 9 Jun 2011

Tips Memilih Kad KreditPengeluar kad kredit menawarkan tempoh tanpa faedah, yg biasanya 20 hari dari tarikh urus niaga mula direkodkan atau tarikh penyata sehingga tamat tempoh berakhir, kecuali dalam transaksi pendahuluan wang tunai dan pemindahan baki. Oleh itu, pilihlah kad kredit yg menawarkan tempoh tanpa faedah yg lebih panjang.

Kebanyakan pengeluar kad kredit mengenakan yuran di samping caj kewangan apabila anda menggunakan kad kredit untuk mendapatkan pendahuluan wang tunai atau pemindahan baki. Yuran bagi pendahuluan wang tunai mungkin dalam lingkungan 3% hingga 5% daripada jumlah pendahuluan wang tunai. Oleh itu, pilihlah kad kredit yg mengenakan yuran yg rendah bagi pendahuluan wang tunai dan pemindahan baki.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 2 Jun 2011

Tip Memilih Kad KreditSebahagian besar keuntungan perniagaan kad kredit adalah berpunca daripada caj kewangan. Anda akan dikenakan caj kewangan jika anda tidak membayar sepenuhnya baki belum jelas selepas tamat tempoh masa tanpa faedah berakhir.

Walau bagaimanapun, bagi pendahuluan wang tunai dan pemindahan baki, anda mungkin dikenakan yuran dan caj kewangan bermula dari tarikh urus niaga tersebut dibuat. Halakan tumpuan anda kepada yuran pendahuluan wang tunai dan pemindahan baki, caj kewangan dan tempoh tanpa faedah yg ditawarkan oleh pengeluar kad kredit tersebut.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 26 Mei 2011

Apa yg Berlaku Selepas Kenderaan Anda Ditarik?

Dlm masa 21 hari selepas kenderaan anda ditarik, institusi perbankan akan memberi kepada anda dan setiap penjamin notis Jadual Ke-5 yg membenarkan anda membayar balik jumlah hutang kepada mereka. Anda boleh meminta mereka memulangkan kenderaan bermotor anda dengan ;
  • Menjelaskan semua jumlah yg tertunggak dan belanja tunai langsung termasuk kos penyimpanan, pembaikan atau penyelenggaraan, kos penarikan dan penghantaran balik yg ditanggung oleh institusi perbankan atau
  • Membayar balik jumlah baki hutang sepenuhnya dan menyelesaikan semua belanja tunai langsung termasuk kos penarikan, pembaikan atau penyelenggaraan.
Jika anda atau penjamin tidak menyelesaikan jumlah belum jelas seperti yg ditetapkan dalam notis Jadual Ke-5 dlm tempoh 21 hari selepas notis Jadual Ke-5 dihantar kpd anda, institusi perbankan berhak menjual kenderaan bermotor anda melalui lelongan awam atau menawarkan kepada anda untuk membeli kenderaan tersebut pada harga yg lebih rendah daripada harga anggaran yg ditetapkan dalam notis Jadual Ke-5.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments