Khamis - 26 November 2009

Panduan Menyewa, Menjual Dan Membeli Hartanah
  • Jangan cepat bersetuju untuk menyewa tanpa sebarang perjanjian lengkap dan bertulis antara anda dengan pemilik atau agensi perumahan.
  • Buatlah pengesahan identiti pemilik sebelum anda membayar wang dan pastikan pemilik memiliki hartanah tersebut. Mintalah bukti pengenaan diri seperti buku rekod sewaan yang sebelumnya.
  • Bandingkan hartanah lain dalam kawasan anda di pasaran termasuk mengambil kira pembaikan dan sebarang kerja
  • Beritahu segala kerja2 yang telah anda lakukan untuk hartanah anda.
  • Hanya tunjukkkan hartanah kepada orang2 yang telah membuat temujanji.
  • Buat senarai semakan maklumat mengenai hartanah yang diingini.
  • Bertanyalah tentang pendirian penjual terhadap hartanah - Bolehkah perpindahan dilakukan secepat mungkin?
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 19 November 2009

Panduan Menjual Kereta
  • Jangan benarkan pembeli berpotensi memandu uji kenderaan secara bersendirian.
  • Jangan terima kunci kereta pembeli sebagai langkah keselamatan.
  • Jika anda membenarkan pembeli memandu uji kenderaan anda, pastikan anda diinsuranskan.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 12 November 2009

Panduan Membeli Kereta
  • Minta dokumen pendaftaran asal daripada penjual
  • Semak sama ada nama penjual, nombor enjin dan casis kenderaan tertera dalam dokumen pendaftaran
  • Semak setiap perkara di dalam dokumen pendaftaran seperti perbatuan, pastikan sepadan seperti yang dilihat
  • Pastikan kenderaan telah habis dibayar sepenuhnya dan tidak mempunyai sebarang tunggakan bayaran
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 5 November 2009

Mencari Pembantu RumahKeperluan terhadap pembantu rumah warga asing kini semakin meningkat. Hampir setiap wanita yang bekerja memerlukan pembantu rumah untuk menguruskan rumah tangga mereka. Walaupun banyak pusat penjagaan kanak2, tapi kebanyakan wanita bekerja lebih mudah mengambil pembantu rumah, terutama mereka yang mempunyai ramai anak atas faktor menjimatkan kos selain pembantu rumah yang boleh disuruh melakukan kerja2 rumah.

Bukan mudah mengambil pembantu rumah kerana ia ibarat untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Jika bernasib baik, anda akan mendapat pembantu rumah yang rajin, mendengar kata dan pandai membuat kerja tanpa disuruh.

Ambil pengalaman rakan2 sebagai panduan dalam memilih agensi pembantu rumah yang bertauliah dan menjalankan urusan pengambilan secara bertanggungjawab dan bukan sekadar mencari keuntungan semata2.

Ini kerana ada agensi yang mengambil kesempatan dengan menjanjikan pelbagai faedah dan pakej menarik kepada pelanggan sebaliknya apabila mendapat wang mereka mula bersikap lepas tangan.

Untuk itu, panduan daripada Jabatan Imigresen juga penting dalam memastikan syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi. Sebagai panduan mendapatkan pembantu rumah yang terbaik, faktor usia juga perlu diambil kira dengan tidak mengambil pembantu rumah yang terlalu muda atau tua sebaliknya ambil mereka yang berusia pertengahan kerana mampu membuat kerja rumah dengan baik.

Pemilihan usia penting kerana kadang kala terdapat agensi yang mengambil kesempatan menipu umur pembantu rumah. Sebelum membuat keputusan untuk mengambil pembantu rumah rajin2lah melayari laman sesawang Imigresen di www.imi.gov.my, Fomema di www.fomema.com.my atau Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (PAPA) di www.papa.com.my.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 29 Oktober 2009

Tips Penjimatan Elektrik Di Apartmen Anda
  • Padamkan lampu apabila tidak menggunakan ruangan tersebut.
  • Padamakan lampu pada siang hari.
  • Kurangkan penggunaan elektrik yang berlebihan.
  • Susun atur perabot juga memainkan peranan yang penting dalam pencahayaan yang baik dalam apartmen anda agar tidak menghalang cahaya lampu daripada menerangi ruangan.
  • Menyalakan lampu apabila hari benar2 telah mulai gelap.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 22 Oktober 2009

Tips Mengatur Ruang Kecil
  • Elakkan menggunakan kelengkapan bersaiz besar, serabut dan rumit. Tentukan keluasan ruang adalah bersesuaian dengan saiz, reka bentuk dan jenis kelengkapan yang bakal menghiasi ruang. Jika ruang sempit ditempatkan dengan perabot kayu sarat dengan ukiran atau set sofa bersaiz besar, pasti ruang nampak sendat dan sarat. Sebaiknya gunakan perabot potongan ringkas dengan pilihan rona cerah untuk keseimbangan.
  • Aplikasi pelan terbuka iaitu mengambil kira struktur dinding bolhe dijadikan panduan kepada anda. Kebanyakan kediaman akan mengubah suai kedudukan dinding untuk proses penambahan ruang. Kenal pasti sama ada kedudukan dinding adalah selamat untuk struktur kediaman atau tidak. Jika tak sesuai, kekalkan kedudukan dinding asal.
  • Penggunaan cermin kaca terutamanya pada binaan tingkap, pintu dan dinding dapat membantu menjadikan ruang lebih luas.
  • Bina lekuk kecil untuk mengubah persepsi ruang agar kelihatan lebih lapang. Tapi perlu berhati2 kerana lekuk yang tidak bersesuaian boleh menjadikan ruang lebih sempit dan kecil.
  • Binaan siling sama ada berbentuk cekung atau dengan konsep terbuka (bumbung lut sinar) mampu mengubah ruang sempit menjadi lebih besar.
  • Siling tinggi memastikan kedudukan ruang menegak lebih seragam dan selesa.
  • Gabungan warna2 cerah sama ada pada permukaan dinding dan pilihan fabrik mudah disesuaikan dengan perabot. Warna putih bersih adalah selamat kerana mampu hadir dengan warna2 lain.
  • Kehadiran tekstur lembut dapat melapangkan ruang berbanding tekstur kasar. Kemasan lantai dengan sisipan panel kaca boleh membantu menyediakan pencahayaan pada seluruh ruang.
  • Ciptakan bayang pada titik fokus sama ada bahagian dinding atau siling. Kombinasi bersama warna juga boleh bertindak balas dengan cahaya untuk kesan lebih dramatik dan menarik.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 15 Oktober 2009

Persediaan Sebelum Membeli Rumah
  • Sediakan wang yang mencukupi - Anda perlu ada cukut bajet untuk membeli apa sahaja jenis rumah yang diingini. Ini bagi mengelak anda menghadapi sebarang kesulitan terutamanya yang berkaitan dengan kewangan. Anda disarankan bahawa perbelanjaan membeli rumah adalah berdasarkan jumlah wang yang anda miliki dalam simpanan peribadi.
  • Sumber kewangan - Sebaik-baiknya anda mempunyai simpanan sendiri yang cukup untuk membayar wang pendahuluan, iaitu lebih kurang 10 hingga 20% daripada harga rumah. Begitu juga dengan kos sampingan yang lain seperti firma guaman dan duti setem, dengan anggaran tambahan 3 hingga 5%.
  • Lokasi rumah - Anda perlu pandai memilih lokasi yang terbaik mengikut tujuan membeli rumah, contohnya untuk menetap sendiri dan pelaburan. Jika anda membeli rumah untuk kegunaan sendiri dalam tempoh jangka panjang, carilah kawasan perumahan yang selesa dan boleh menenangkan jiwa anda.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments