Khamis - 11Februari 2010

Cara Menjimatkan Minyak Kereta
Inilah dia nasihat2 umum untuk menjimatkan minyak kereta..
  • Elakkan jalan rosak dan berlekuk jika boleh kerana batu2 jalan boleh membuatkan anda kehilangan minyak sebanyak 30%.
  • Gunakan jalan alternatif yang selamat, pendek dan lurus. Bandingkan perbezaan jarak pemanduan. Ingatlah bahawa simpang, jalan tidak lurus memerlukan minyak yang banyak.
  • Lampu isyarat selalunya masa yang sesuai bagi anda untuk menunjukkan kemahiran memandu anda. Dengan memandu berhati2 pada had laju yang dibenarkan, ini akan memberi peluang kepada anda untuk melalui lampu hijau sepanjang perjalanan.
  • Periksa suspensi dan chasis bagi memeriksa misalignment.
  • Tambah angin tayar pada tahap maksimum. Setiap tayar perlulah diperiksa selalu. Apabila membeli tayar baru, dapatkan tayar berdiameter besar untuk roda belakang. Rekaan jejari dipercayai mampu menjimatkan minyak. Periksa spesifikasi pengeluar tayar bagi mengenal pasti tekanan tayar maksimum.
  • Keluarkan berat berlebihan daripada but kereta atau dari dalam kereta. Berat berlebihan boleh mengurangkan perbatuan terutamanya apabila memandu di lereng.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 4 Februari 2010

Cara Menjimatkan Minyak Kereta
Minggu lalu, kita berkongsi tips menjimatkan minyak kereta dari segi penggunaan minyak. Minggu ini, kita akan berkongsi tips menjimatkan minyak kereta dengan cara kita memandu.
  • Pemanduan melebihi 40mph memaksa kereta anda untuk mengatasi rintangan angin.
  • Jangan melebihi had kelajuan yang sah. Sebenarnya, had ini telah ditetapkan bagi perjalanan yang selamat, tetapi kecekapan minyak juga perlu diingati. Perjalanan pada 55mph memberikan anda kira2 21% perbatuan apabila dibandingkan kepada had kelajuan sah 65mph dan70mph.
  • Memandu laju dalam gear rendah boleh mengguna sehingga lebih45% minyak daripada yang sepatutnya.
  • Memandu menggunakan kereta manual membenarkan penukaran ke gear tinggi dengan cepat. Ini membolehkan anda menjimatkan minyak jika terpaksa mengekori kereta di hadapan.
  • Pastikan tingkap ditutup apabila memandu di lebuhraya yang mempunyai had laju. Tingkap yang terbuka menyebabkan udara terseret sekaligus mengurangkan perbatuan sehingga 10%.
  • Pandu dengan berhati2. Memandu laju atau perlahan, kedua2nya membazirkan minyak. Elakkan juga mengekori kereta di hadapan kerana apa yang bakal dilakukan oleh pemandu di hadapan memang tidak dapat dielakkan serta tidak selamat.
  • Berfikir pantas apabila mula memasuki kawasan bukit. Jika anda menekan minyak, lakukan sebelum mencecah bukit, bukan sewaktu masih mendaki bukit.
Ikuti nasihat umum menjimatkan minyak kereta dalam Tips Gaya Hidup minggu hadapan.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 28 Januari 2010

Cara Menjimatkan Minyak Kereta
Kembali lagi dengan cara2 untuk menjimatkan minyak kereta minggu ini..
  • Beli minyak semasa suhu masih sejuk iaitu ketika waktu pagi atau lewat petang. Ketika waktu ini, minyak berada dalam keadaan padat. Perlu diingat bahwa udara menekan ukuran jumlah minyak bukannya kepadatan kepekatan minyak. Anda sebenarnya membayar wang mengikut jumlah ukuran.
  • Pilih jenisdan jenama minyak dengan berhati2. Sesetengah jenama memberi anda minyak yang baik dan menjimatkan kerana kualitinya yang bagus. Gunakan jenama yang anda rasa lebih memberi kebaikan kepada wang yang dikeluarkan.
  • Elakkan untuk mengisis sehingga terlebih daripada sepatutnya. Pengisian minyak berlebihan mengakibatkan minyak terkeluar daripada tangki. Jika pam minyak itu berfungsi secara automatik, jangan mengisi minyak melebihi daripada bunyi 'klik' yang telah terkeluar bagi menandakan minyak penuh.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 21 Januari 2010

Cara Menjimatkan Minyak Kereta
  • Elakkan daripada memanaskan enjin kereta dengan terlalu lama, walaupun pada waktu pagi yang sejuk.Cukuplah sekadar sekurang2nya 30 hingga 45 saat sahaja.
  • Pastikan choke dilepaskan selepas enjin dipanaskan. Alat ini selalunya akan tersekat sekaligus menyebabkan percampuran minyak dan udara yang tidak elok.
  • Jangan menghidupkan dan menghentikan enjin jika tidak memerlukannya. Mensia2kan enjin selama 1 minit menyebabkan penggunaan jumlah minyak yang hampir sama seperti ketika anda menghidupkan enjin kereta.
  • Elakkan menekan minyak terutamanya sebelum mematikan enjin kereta. Minyak yang dibazirkan ini keluar daripada dinding silinder dalam. Keadaan ini sekaligus membuatkan kehilangan tekanan minyak.
  • Jangan menghidupkan kereta secara mengejut jika ia berhenti secara tiba2. Tambah kelajuan secara perlahan selepas kereta dihidupkan. Jangan menekan pedal lebih daripada suku jumlah sebenar kaki anda memijak pedal. Cara ini membolehkan karburator untuk berfungsi tanpa membazirkan tenaga.
Jangan lupa ikuti Tips Gaya Hidup minggu hadapan untuk lebih banyak lagi cara2 untuk menjimatkan minyak kereta.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 14 Januari 2010

Tips Menghadiri Temuduga
  • Skil Komunikasi - Walaupun mempunyai kelemahan dari segi bahasa, calon tidak harus menunjukkannya sebaliknya bersikap yakin ketika bertutur.
  • Kejujuran dan Integriti - Jujur antara sifat penting yang diambilkira majikan dan integriti pula adalah tambahan kepada sifat yang ada.
  • Skil Kerja Kumpulan - Keupayaan melakukan kerja secara berkumpulan sering diberi perhatian majikan.
  • Skil Interpersonal- Kemahiran ini menjelaskan peribadi seseorang calon sama ada sesuai dengan jawatan yang ditawarkan atau tidak.
  • Inisiatif dan Motivasi - Majikan melihat calon yang layak apabila memiliki semangat ingin bekerja dan sangat bermotivasi.
  • Etika Kerja Kuat - Perkara ini bersangkut paut dengan sikap calon sama ada mengikut prosedur kerja dan mahu berusaha untuk berjaya atau tidak.
  • Skil Analitikal - Semakin diberi perhatian majikan yang menilai keupayaan analitikal seseorang calon.
  • Penerimaan dan Fleksibel - Ini menjelaskan sama ada calon itu mudah menerima arahan dan sanggup melakukannya atau tidak.
  • Skil Komputer - Kemahiran komputer yang semakin perlu berikutan zaman ini yang menitikberatkan teknologi.
  • Keyakinan Diri - Calon perlu dilihat berkeyakinan dan mampu menjawat jawatan yang ditawarkan.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis- 7 Januari 2010

Tips Tidur Lena
  • Jika anda tidak boleh tidur kerana tekanan, cuba meditasi. Ia membantu menghilangkan tekanan dengan membantu anda lebih tenang dan mudah tidur.
  • Gunakan bantal yang bukan sahaja menyokong leher tetap juga kepala dan bahagian atas tulang belakang untuk mendapatkan tidur malam yang lena.
  • Tidur pada awal malam selepas solat Isyak dalam keadaan berwuduk.
  • Jangan amalkan minum minuman berkafein beberapa jam sebelum tidur.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 31 Disember 2009

Pilih Kad Kredit atau Kad Debit
Jika anda mahu membeli barangan bernilai tinggi seperti TV LCD, kedua2 kad ini boleh digunakan. Dengan menggunakan kad kredit, anda boleh menikmati ganjaran daripada pembelian rtersebut. Manakala jika menggunakan kad debit anda pula, anda tidak perlu risau mengenai pembayaran semula yang lambat, caj bunga dan risiko untuk ditipu. Tetapi, sebelum anda boleh menggunakan kad debit, pastikan baki di dalam akaun anda itu cukup bagi menjelaskan bayaran barangan yang dibeli.

Walaupun kebanyakan bank menyediakan kad debit apabila anda membuka akaun bank, namun begitu kad kredit pula perlu dipohon dengan cara berlainan. Anda boleh memiliki kedua2nya sekali, tetapi perlulah diingat untuk menggunakan kad kredit dengan penuh berhati2.

Jika anda dapat mengawal perbelanjaan dan mempunyai kapasiti untuk membayar jumlah yang telah ditetapkan pada masa yang ditetapkan, maka kad kredit amat berguna bagi membantu anda terutamanya jika berlaku kes kecemasan.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 24 Disember 2009

  • Bajet Kecil Tapi Penampilan HebatTambah Koleksi Pakaian Berwarna - Cara terbaik untuk menonjolkan penampilan anda ialah dengan membeli seberapa banyak pakaian berwarna untuk dipadankan dengan seluar anda ketika berlangsungnya jualan murah. Bagaimanapun, perlu diingat bahawa pakaian2 tersebut perlulah disesuaikan dengan warna kulit anda terlebih dahulu supaya tidak kelihatan janggal. Seeloknya, tambah keloeksi pakaian berwarna untuk kemeja, baju-t, sweater dan pakaian sukan.
  • Kacamata Aksesori Fesyen Yang Menarik - Bagi anda yang berkacamata, apa kata tukar bingkai anda kepada yang baru sama ada kaca mata hitam atau sebaliknya. Percaya atau tidak dengan bingkai yang berbeza ia secara tidak langsung menonjolkan penampilan sekaligus membuatkan diri kelihatan lebih bergaya. Pastikan bentuk bingkai anda sesuai dengan muka serta warna kulit kerana ia mampu mempengaruhi mood berfesyen. Jika anda tidak berkacamata, cubalah mengenakan cermin mata hitam yang lebih santai kerana ia adalah salah satu aksesori yang hebat.
  • Pakaian Serta Aksesori Berjenama Perlu Ada Walaupun Tak Banyak - Tidak perlu berlumba2 membeli pakaian berjenama jika tidak sesuai dengan bajet anda. Memadailah dengan membeli 1 atau 2 pasang pakaian atau aksesori fesyen sahaja kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih bergaya. Pakaian atau aksesori berjenama berkenaan pasti menonjolkan penampilan serta aset yang dimiliki selain memberikan kepuasan yang hakiki.
  • Jangan Pakai Kasut Koyak - Hindari dari memakai kasut berkenaan kerana ia sememangnya mencacatkan penampilan. Seeloknya pakailah kasut formal atau sneakers yang masih elok keadaannya untuk menonjolkan diri anda. Bagaimanapun, penggunaan kasut kulit dikatakan lebih selamat dan sesuai untuk gaya smart kasual.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 17 Disember 2009

Idea Hias Bilik Air
  • Border Wallpapar - Motif border wallpaper ini perlu bersesuaian dengan warna cat atau jubin bilik mandi anda. Pasang border wallpaper tadi di sekeliling bahagian atas dinding, ia membahagikan ruang atas dan bawah dinding. Selain mengindahkan ruang bilik air, ia juga membuatkan ruang itu kelihatan tenang.
  • Rak Bilik Air - Gunakan rak dari kayu, buluh atau rotan untuk menyimpan alatan di bilik air yang seolah2 memperlihatkan suasana semula jadi yang nyaman dan selesa. Susun alatan dengan rapi agar ruang tidak terlalu serabut dengan barangan mandian anda.
  • Wangian - Penting untuk membuatkan suasana segar dan nyaman. Anda boleh memilih sama ada mahu meletakkan lilin aromaterapi, minyak pati atau jambangan potpuri yang boleh diperolehi dari pasaraya dengan harga yang berpatutan.
  • Bunga - Anda boleh memilih bunga plastik kerana ia lebih tahan lama dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Walau bagaimanapun, bunga plastik boleh menjadi sarang debu jika tidak dibersihkan selalu. Bunga2an segar pula mengeluarkan haruman semula jadi yang membuatkan bilik air segar sentiasa dan sedap dipandang mata.
  • Tanaman Dalam Pasu - Pilih tanaman yang tidak memerlukan pancaran matahari yang banyak.Aanda tidak perlu memeliharanya dengan lebih rumit. Letakkan di sudut yang mendapat pancaran matahari secara langsung.
  • Cermin - Pasang cermin pada salah satu sisi dinding bilik air. Ia memberi kesan permukaan yang luas pada bilik air yang kecil. Pilih cermin yang bersesuaian dengan bilik air anda.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 10 Disember 2009

Cara Menjimatkan Air di Rumah

Tandas
  • Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah, contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah.
  • Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
  • Sentiasa melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.
  • Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna meleleh keluar ketika dan selepas curahan.
Bilik Mandi
  • Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
  • Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram tanaman.
  • Tutup pancuran mandian setika bersabun.
Sinki
  • Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
  • Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.
Taman
  • Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat dariapda kepanasan.
  • Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
  • Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
  • Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.
  • Elakkan penggunaaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasakan air.
  • Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
  • Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6cm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
  • Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
  • Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.
Dapur
  • Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalan sinki. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
  • Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk.
  • Cuci sayur2an, buah2an atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir.
  • Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.
Garaj
  • Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.
  • Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.
Lain2
  • Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
  • Maklumkan sebarang kerosakan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta
  • Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekianya boleh untuk curahan tandas simbah.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 3 Disember 2009

Tips Pemakaian, Penyimpanan dan Penjagaan Kanta Lekap
  • Bersihkan kanta lekap anda dengan disinfektan setiap hari.
  • Basuh tangan anda sebelum memegang kanta lekap sebaik2nya menggunakan sabun tanpa wangian.
  • Jangan gunakan air liur, air suling, air paip atau larutan salina yang dibuat sendiri dan tidak disterilkan untuk membersih kanta lekap anda.
  • Semua larutan disinfektan adalah berlainan. Oleh itu, untuk melindungi kanta lekap daripada mengering, pilihlah larutan serba guna yang mengandungi pelembap seperti taurina untuk memanjangkan keselesaan pemakaiannya.
  • Bersihkan bekas kanta lekap anda sekurang2nya sekali seminggu dan biarkan ia kering sendiri.
  • Jangan biarkan hujung botol larutan anda menyentuh sebarang permukaan termasuk kanta lekap anda untuk mengelaknya tercemar.
  • Pakai kanta lekap dahulu sebelum mengenakan solekan mata dan tanggalkan kanta lekap sebelum membersihkan solekan.
  • Jangan tidur memakai kanta lekap kecuali mendapat arahan doktor. Memakai kanta lekap semalaman walaupun sekejap saja, lebih memudaratkan daripada menanggalkannya setiap malam.
  • Jangan memakai kanta lekap melebihi masa yang sudah ditetapkan. Jika anda tidak sempat menggantikannya, pakailah cermin mata buat sementara waktu.
  • Gunakan kosmetik berasaskan air semasa memakai kanta lekap.
  • Dapatkan pemeriksaan mata lengkap setiap 12 bulan, termasuk ujian untuk glaukoma, katarak dan degenerasi makular. Golongan berumur dan penghidap kencing manis patut mendapatkan pemeriksaan lebih kerap optometris.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments