Khamis - 17 Mac 2011

Penggunaan Peralatan Elektrik Dalam Rumah
Alat Penghawa Dingin
  • Pilih penghawa dingin dengan kapasiti yg sesuai mengikut keperluan dan keluasan ruang.
  • Kadar suhu yg sesuai digunakan adalah antara 22 hingga 24°C. Elakkan menggunakan paras suhu yg sgt rendah kerana memaksa alat penghawa dingin bekerja lebih berat.
  • Pastikan ruang tertutup rapat agar suhu tetap terjaga dan elakkan elemen yg menghalang udara dingin keluar dari alat penghawa dingin.
  • Alat penghawa dingin hendaklah diselenggara secara berkala setiap 3 bulan bagi mengekal kesejukan dan jangka hayat peralatan, terutama kompresor.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 10 Mac 2011

Penggunaan Peralatan Elektrik Dalam Rumah
Mesin Basuh
  • Pilih dan gunakan mesin basuh yg sesuai dengan kapasitinya. Mesin basuh yg digunakan melebihi kapasitinya akan mengakibatkan mesin terpaksa bekerja keras dan lebih cepat rosak.
  • Pastikan jumlah kapasiti adalah penuh kerana jika dimasukkkan separuh kapasiti jumlah tenaga yg digunakan tetap sama.
  • Gunakan fungsi pengering mesin basuh apabila perlu. Lebih baik menggunakan sinar matahari untuk mengeringkan pakaian.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 3 Mac 2011

Penggunaan Peralatan Elektrik Dalam Rumah
Peti Sejuk



  • Pilih kapasiti peti sejuk yg sesuai dengan penggunaannya. Jangan sesekali terpengaruh dengan membeli peti sejuk berkapasiti besar tanpa mempertimbangkan penggunaannya. Penggunaan tenaga lebih tinggi apabila kapasiti semakin besar.
  • Elakkan teralu kerap membuka dan menutup peti sejuk untuk menghindari udara dingin keluar.
  • Jangan masukkan masakan panas terus ke dalam peti sejuk. Dinginkan terlebih dahulu hingga mencapai kadar suhu ruang sebelum memasukkannya.
  • Guna peti sejuk yg mempunyai tenaga cekap kerana ini boleh menjimatkan kos elektrik hingga 25%.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 24 Februari 2011

Penggunaan Cahaya Dalam Rumah




  • Gunakan mentol dan lampu jimat tenaga yg dapat menjimatkan penggunaan tenaga hingga 80%.
  • Menggunakan kadar cahaya lampu yg betul seperti ketika membaca menggunakan cahaya yg terang dan apabila menonton televisyen atau video, gunakan lampu yg malap.
  • Menggunakan kadar watt yg rendah pada koridor, laluan tangga atau bilik stor kerana ruang ini tidak memerlukan cahaya dan sekadar untuk menerangi.
  • Lampu kalimantang (fluorescent) biasa lebih menjimatkan berbanding lampu pijar (incandescent)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 17 Februari 2011

Kaedah Penjimatan Elektrik

  • Menutup semua lampu dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan (terutamanya pada plug)
  • Membenarkan pengaliran udara semula jadi dalam rumah bagi menyejukkan ruang dan mengurangkan penggunaan peralatan hawa dingin dan kipas.
  • Mempraktikkan penggunaan tenaga yg cekap ketika menggunakan peralatan rumah.
  • Memeriksa kadar penggunaan tenaga pada peralatan. Kadar bintang yg tinggi bermakna penggunaan tenaga yg lebih cekap.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 10 Februari 2011

Tips Berhenti Merokok


  • Lengahkan tindak balas keinginan merokok seperti melambat2kan mencari rokok. Jika rokok ada di tangan, jangan nyalakan terus, tunggu sekurang2nya 5 minit. Keinginan untuk merokok akhirnya akan hilang juga.
  • Tarik nafas panjang2 sebanyak 3 kali secara perlahan2.
  • Buatlah sesuatu yg boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok, contohnya bersiar2, makan angin, berkebun, telefon, bermain muzik, membaca buku dan lain2 lagi.
  • Minum air banyak2, sebaik2nya air galian atau air suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh kerana ia membuatkan anda rasa ingin merokok semula selepas meminumnya.
  • Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
  • Mengunyah sesuatu seperti lobak merah, buah epal dan sebagainya dan elakkan sesuatu yg manis seperti gula2.
  • Jika berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments