Khamis - 6 Ogos 2009

Tips Mengekalkan Kualiti Air Kolam
Masalah - Pembentukan alga
Penyelesaian - Dapatkan sistem penapisan mencukupi, lebihkan menanam tanaman air dan kurangkan jumlah ikan.

Masalah - Daun berguguran (sampah)
Penyelesaian - Jangan bina kolam di bawah kanopi pokok, sentiasa mengaup daun-daun yang gugur dan bersihkan lumpur yang terdapat pada permukaan dasar kolam.

Masalah - Klorin
Penyelesaian - Dedahkan air kepada udara atau gunakan bahan-bahan nyah klorin.

Masalah - Pemangsa
Penyelesaian - Kolam yang dalam memberi lebih ruang kepada ikan untuk bersembunyi daripada serangan musuh atau pemangsa dengan adanya tumbuhan air terapung, tukun di celah-celah batu atau meletakkan net di atas kolam.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 30 Julai 2009

Beli Rumah Secara LelongHari ini kaedah lelongan moden adalah salah satu cara biasa yang dapat melupuskan aset anda di pasaran terbuka untuk satu jualan segera pada harga tertinggi yang berkemungkinan. Ini kerana 2 perkara yang penting dalam urusan jual beli ialah masa dan wang.

Melalui lelongan, penjual dapat menjimatkan masa untuk melepaskan hartanahnya serta memperoleh wang dalam masa singkat. Ada harta yang tidak boleh dijual pada harga tertentu dapat dijual dengan harga tertinggi dalam jualan lelongan kerana hartanah akan dipromosikan dan didedahkan kepada segolongan pembeli yang berminat.

Bagi pembeli, lelongan memberi mereka peluang memilih hartanah mengikut bajet selain berkesempatan membeli pada harga pasaran, dengan keyakinan bahawa dia tidak terlebih membayar untuk hartanah berkenaan. Pembeli juga mungkin boleh mendapatkan hartanah yang lebih baik pada harga jauh lebih rendah dari harga pasaran.

Jika anda sedang mencari hartanah, selain membelek iklan jualan rumah yang disiarkan dalam akhbar, anda juga boleh meneliti iklan jualan lelong. Manalah tahu jika ada yang sesuai dan anda boleh membuat susulan dengan pelelong awam untuk mendapatkan maklumat lanjut atau menghadiri sesi jualan lelong pada tarikh yang diiklankan.

Anda juga boleh mendaftarkan diri dengan pelelong berlesen. Sebaik mendaftar, anda akan menerima maklumat mengenai hartanah lelong. Pelelong awam akan menghantar risalah lelongan, termasuk gambar hartanah kepada pembeli berminat yang berada dalam senarai mereka.

Pelelong juga akan menghubungi anda menggunakan senarai dalaman yang merekodkan individu yang berminat membeli hartanah dalam lelongan yang dijalankan. Selamat mencuba!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 23 Julai 2009

Langkah Pintar Membeli Telefon Bimbit Terpakai
  • Pembelian hendaklah dilengkapi dengan surat-surat pembelian, agar anda tidak tertipu dan terbeli barang curian.
  • Periksa nombor siri yang ada pada telefon bimbit itu.
  • Pastikan fungsi pembesar suaranya masih boleh digunakan.
  • Cuba buat panggilan untuk mengetahui keadaan baterinya masih baik atau tidak. Kemudian, cuba caj telefon tersebut. Jika baterinya cepat penuh hanya dalam beberapa minit, ia membawa maksud, telefon tersebut rosak.
  • Periksa baterinya sama ada asli atau palsu.
  • Periksa keadaan keypad, butang on-off, menu seperti SMS, Voice call, melodi, nada dering, kamera, radio dan lain-lain lagi.
  • Jika terdapat kekurangan atau kerosakan kecil, anda boleh membuat tawaran untuk menurunkan harga.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 16 Julai 2009

Membeli belah Sambil Menabung

  • Sebelum keluar membeli belah, senaraikan keperluan yang perlu dahulu. Sediakan jumlah yang dihadkan untuk berbelanja. Sebaiknya, bawa mesin kira semasa berbelanja. Simpan resit untuk membuat penyata kira-kira.
  • Jangan beli sesuatu barang dari satu kedai sahaja. Buat perbandingan sebelum mebeli. ada kalanya antara satu kedai dengan kedai yang lain, harganya mungkin berlainan. Alah membeli, menang memakai.
  • Bayar segala bil dan sewa rumah terlebih dahulu sebelum keluar membeli belah. Tunggakan akan membuatkan anda lebih berbelanja.
  • Tetapkan sasaran untuk menabung bertujuan untuk membeli rumah, kereta atau berkahwin. Pastinya semangat untuk menabung berkobar-kobar.
  • Utamakan barang keperluan seperti barang dapur dan perkakasannya, supaya anda jarang makan di luar. Untuk hiasan rumah, anda perlu beli sedikit demi sedikit. Barang perhiasan rumah tidak penting. Hadkan pembeliannya.
  • Elakkan membawa kad ATM serta kad kredit semasa membeli belah. Jika anda membawanya, sudah pasti anda akan menggunakannya. Kawal nafsu dan belanja ikut senarai barangan yang telah ditulis. Jika ada barangan yang ingin dibeli, masukkan sahaja senarai barangan tersebut untuk bulan hadapan.
  • Tidak salah jika ingin membeli barangan berjenama tetapi biarlah mengikut kemampuan gaji anda.
  • Elakkan berhutang kerana pasti anda terpaksa membayar lebih kerana pinjaman tersebut kebanyakkan dikenakan faedah.
  • Beli secara dalam talian atau online mahupun katalog boleh menjimatkan kerana tidak perlu membayar petrol mahupun tempat parkir kereta. Namun, perlu berhati-hati kerana mungkin barangan tersebut tidak sehebat yang dipaparkan.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments