Khamis - 27 Ogos 2009

Tips Penjimatan Elektrik di Apartmen Anda

  • Padamkan lampu apabila tidak menggunakan ruangan tersebut.
  • Padamkan lampu pada siang hari.
  • Kurangkan penggunaan elektrik yang berlebihan.
  • Susun atur perabot juga memainkan peranan yang penting dalam pencahayaan yang baik dalam apartmen anda agar tidak menghalang cahaya lampu daripada menerangi ruangan.
  • Menyalakan lampu apabila hari benar-benar telah mulai gelap.
  • Padamkan lampu apabila hari sudah mulai terang.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 20 Ogos 2009

Tips Bentuk Taman Minimalis
  • Alihkan semua elemen dan komponen yang tidak diperlukan dalam pembentukan sebuah taman minimalis
  • Dengan menggunakan sejumlah kecil elemen hiasan atau pilihan kemasan yang terhad, jadikan ia sebagai satu komposisi yang kuat, jelas dan ringkas.
  • Gunakan komposisi geometri yang jelas, garis lurus pada jubin, tanaman tutup bumi sebagai batasan, kolam hiasan kecil yang ringkas.
  • Fikirkan juga bagaimana anda boleh mewujudkan ruang kosong bagi memenuhi keperluan aktiviti di taman tanpa menjejaskan penataan taman minimalis.
  • Anda tidak semestinya terikat dengan nilai simetri, namun pengayaan simetri (seimbang) di bahagian kiri dan kanan taman amat penting untuk memberi impak segera pada konsep taman minimalis.
  • Pengulangan dalam reka bentuk taman akan menghasilkan imej taman yang serba ringkas dan berirama.
  • Apabila anda telah kenal pasti di mana elemen landskap kejur dan lembut perlu ditempatkan, kini tiba masanya untuk menyatukan semuanya di lokasi atau sudut yang betul. Gunakan kemasan akhir daripada bahan moden bagi mencipta konsep taman yang kemas, bersih, ringkas serta selesa dipandang mata.
  • Pilihan jenis tanaman perlulah dihadkan. Kesan rimba atau kedesaan tidak akan membantu anda mencipta taman minimalis ini. Pilih tidak lebih daripada 2 atau 3 jenis tumbuhan. Pengehadan kuantiti spesis tanaman bagi membolehkan tanaman yang terpilih dapat dinikmati keindahannya secara eksklusif.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 13 Ogos 2009

Cara Mengawal Kemarahan Di Tempat Kerja
  • Berfikir Secara Rasional - Sebelum melepaskan kemarahan, cuba fikir sejenak apakah kemarahan anda akan berterusan dalam masa yang panjang atau ia hanya bersifat sementara? Persoalan ini memberi ruang kepada anda untuk berfikir lebih rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata.
  • Fikirkan Kesan Buruk - Fikirkan sejenak kesan buruk jika anda melepaskan kemarahan. Apakah tindakan itu meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang daripada rasa kemarahan itu? Jika benar, lebih baik anda bertenang. Andai kemarahan itu melibatkan perkara kecil, lebih baik lupakan saja kemarahan itu.
  • Kenang Semula Kebaikan - Ketika marah, cuba letakkan diri anda dalam situasi orang yang anda marahi. Fikir dan kenangkan kembali kebaikan dan jasa yang pernah dilakukan terhadap anda.
  • Beristighfar & Ambil Wudhuk - Bagi yang beragama Islam, mengambil wuduk adalah satu cara untuk meredakan kemarahan. Banyakkan beristighfar sehingga kemarahan anda reda.
  • Buat Kiraan - Ketika kemarahan anda memuncak, cuba buat kiraan 1 hingga 10 di dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa.
  • Pejamkan Mata - Ketika marah, pejamkan mata anda dan bayangkan yang istimewa dan indah bersama orang tersayang.
  • Teknik Pernafasan - Fokus pada cara pernafasan dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengar bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan fikiran.
  • Luah Perasaan - Anda boleh meluahkan perasaan pada suami atau isteri, saudara mara, teman-teman terapat atau pakar kaunseling agar anda tidak dibelenggu dengan kemarahan sendiri.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments