Khamis - 29 Julai 2010

Amalan Lestari Semasa Membeli-belah

  • Fikir dahulu sebelum membeli. Beli apa yg anda perlu dan bukan yg anda mahu.
  • Lakukan pembelian secara atas talian (online) untuk mengurangkan kos pengangkutan. Berhati2 semasa melakukan pembelian secara atas talian dan elakkan diri anda dari ditipu.
  • Beli barangan yg diperbuat daripada kertas atau bahan kitar semula.
  • Apabila hendak menukar atau membeli barangan elektrik yg baru, pilihlah model yg menjimatkan tenaga dan wang.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 22 Julai 2010

Amalan Lestari Semasa Membeli Belah
  • Beli barangan terpakai seperti buku, perabot, peralatan memasak dan lain2. Ia merupakan salah satu amalan penggunaan semula.
  • Bawa beg sendiri untuk membeli belah. Beg plastik tidak boleh dilupuskan dan mengambil masa antara 150 sehingga 500 tahun untuk diuraikan.
  • Gunakan bateri yang dicaj semula dan tanpa kadmium untuk semua peralatan elektronik yg memerlukan bateri.
  • Pilih barang yg kurang menggunakan bungkusan bagi mengurangkan sisa pepejal. Membeli barangan secara pukal dan yang boleh diisi semula kandungannya lebih murah dan menjimatkan pembungkusan.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 15 Julai 2010

Amalan Lestari Semasa Membeli Belah


  • Rancang pembelian untuk mengelakkan daripada membeli barangan yg tidak perlu. Cara ini juga akan membantu para pengguna untuk berjimat.
  • Rancang tempat untuk membeli belah bagi menjimatkan bahan api dan masa. Belilah barang keperluan dengan sekali pergi sahaja. Sebaik2nya kurangkan memandu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas atau berjalanlah untuk mengurangkan pencemaran udara.
  • Bertukarlah kepada petrol tanpa plumbum. Ia mengurangkan pelepasan plumbum ke atmosfera.
  • Pilih peralatan bebas kloroflorokarbon (CFC) serta mesra alam yg menjimatkan tenaga. CFC boleh memusnahkan lapisan ozon dan menyebabkan pemanasan global.
  • Sewa atau pinjam barang yg jarang digunakan. Menyewa lebih menjimatkan ruang penyimpanan barang dan wang.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 8 Julai 2010

Amalan Lestari Sewaktu Membeli Belah
  • Beli makanan segar. Makanan sejuk beku menggunakan 10 kali ganda tenaga untuk dihasilkan.
  • Beli produk keluaran tempatan. Ia menjimatkan bahan api dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida yg keluar semasa proses penghantaran.
  • Beralih ke barangan yg boleh diguna semula. Ia mengurangkan barang buangan dan menjimatkan sumber tenaga. Lampin pakai buang adalah bahan yg tidak boleh lupus dengan sempurna.
  • Jangan beli barang2 yg diperbuat daripada haiwan atau tumbuhan terancam bagi mengekalkan biodiversiti yg menjamin keseimbangan alam sekitar.
  • Bawa bekas mengisi makanan sendiri apabila membeli makanan untuk dibawa pulang. Ini akan mengurangkan penggunaan bekas styrofoam yg tidak boleh lupus.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments