Khamis - 9 Julai 2009

Cara Lonjak Diri Dalam Kerjaya
  • Hindarkan sikap sombong. Jadilah seseorang yang lebih merendah diri dan anda tidak akan rugi apa-apa.
  • Sering tersenyum dan orang lain akan menganggap anda seorang yang mesra dan mudah didekati.
  • Tunjukkan keikhlasan dalam bergaulan seharian. Jangan biar orang menganggap anda hanya akan menegur dan bersikap mesra apabila tiada teman di sisi.
  • Anda pasti disenangi jika mengamalkan sikap terbuka. Tidak salah mendengar pendapat orang lain walaupun anda mempunyai pendapat dan pendirian sendiri.
  • Jangan meminta pertolongan teman sepejabat untuk hal-hal peribadi.
  • Jadilah pendengar yang prihatin dan jangan memotong percakapan mereka. Pastikan semua mendapat ruang yang seimbang untuk melontarkan pendapat.
  • Anda haris bijak menjaga perhubungan dan komunikasi dengan mereka yang banyak memberikan informasi bagi melicinkan kerja anda.
  • Tiada salahnya jika anda memberikan sedikit penghargaan kepada mereka yang banyak membantu terutamanya dalam projek-projek besar.
  • anda mungkin seorang yang tidak suka bersosial namun ada baiknya jika anda tidak menolak kesemua undangan yang datang.
  • Tanamkan sifat percaya pada diri sendiri ketika bergaul. Kebanyakan mereka yang suka berkawan dan disenangi orang lain mempunyai elemen ini dalam diri mereka.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 2 Julai 2009

Supaya poket sentiasa berisi
Tak mahu kesempitan wang pada setiap bulan? Cubalah tips berikut;
  • Jangan berbelanja tanpa membawa daftar atau senarai perbelanjaan
  • Kurangkan aktiviti "window shopping"
  • Tetapkan batas anggaran pengeluaran pada setiap minggu
  • Bahagikan duit gaji anda kepada empat bahagian (purata empat minggu). Kemudian, cuba sedaya mungkin untuk berjimat sekiranya satu daripada empat bahagian duit tersebut sudah habis digunakan.
  • Kurangkan jumlah pengeluaran mewah anda
  • Cubalah ber"diet" kewangan pada setiap bulan
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments