Khamis - 13 Januari 2011

Tips Atasi Masalah Sukar Tidur



  1. Mandi Air Panas - penulis buku counting sleep menyarankan mandi air panas sebelum tidur kerana suhu tubuh memiliki mempegaruhi seberapa cepat anda boleh tidur. Tidur malam biasanya dapat menurunkan suhu tubuh badan.

  2. Tidur Tepat Pada Waktu Yang Sama - tidur dan bangun tidur pada waktu yang sama secara teratur penting bagi mendapatkan tidur yang sihat

  3. Minum Susu Panas Sebelum Tidur - kandungan kalsium dalam susu dapat membuat kita berasa lebih relaks. Susu yang kaya dengan trytophan dapat mengubah hormon seseorang menjadi cepat mengantuk.

  4. Tidur Diruang Gelap dan Tenang - untuk menjamin tidur malam yang panjang dan tidak terganggu, cubalah tidur ditempat yang gelap dan tenang kerana hormon akan dikeluarkan oleh otak selama berjam-jam di dalam kegelapan.

  5. Hubungan Intim - bagi yang dah berumahtangga, jika anda dtres atau mengalami tekanan dan tidak boleh tidur lakukan hubungan intim. Ia dapat mengeluarkan satu bahan kimia dari otak yang bertindak sebagai painkiller yang efektif.

  6. Elakkan - mengambl keju, coklat, sayur bayam dan tomato kerana ia merangsang otak untuk berfikir dengan aktif.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis 6 Januari 2011

Sayur dan Ulam penting untuk badan yang sihat


  • jika anda ingin mengurangkan berat badan, sayur dan buah dapat membantu anda. Ia mengandungi kandungan air dan serat yang tinggi amat sesuai dijadikan pilihan terbaik untuk hidangan ringan ataupun hidangan utama.



  • serat yang ada dalam buah-buahan dapat membuatkan anda berasa cepat kenyang disamping membantu mempercepatkan proses penghadaman.



  • sayuran organik yang cukup baik adalah sayuran berdaun hijau seperti sayur bayam kerana mengandungi vitamin c yang banyak.



  • untuk mendapatkan khasiat terbaik, sebaiknya sayuran dimasak dengan cara kukus dibandingkan dengan merebus. Kukus dapat memastikan zat pada sayur-sayur tidak hilang dengan banyak.



  • selain sayuran, ulaman turut mempunyai khasiat yang banyak termasuklah bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 30 Disember 2010

Tips Dalam Memilih Kad Kredit


  • Pengeluar kad kredit mungkin menawarkan anda hadiah promosi seperti telefon bimbit, dompet kulit dan sebagainya untuk mempromosikan kad kredit mereka. Sebelum memohon kad kredit tersebut, fahami syarat2 yg terkandung di dalam tawaran tersebut.
  • Untuk menarik perhatian anda, pengeluar kad kredit mungkin mengenakan yuran dan caj kewangan pada kadar rendah atau memansuhkan caj2 tersebut sama sekali untuk sesuatu tempoh masa tertentu.
  • Risalah promosi mungkin menitikberatkan kadar faedah permulaan yg rendah dengan saiz tulisan yg besar dan mudah dibaca, kadang2 tanpa mempamerkan tarikh luput.
  • Kadar faedah selepas tamat tempoh promosi pula tidak dinyatakan dgn jelas, iaitu dengan menggunakan saiz tulisan yg kecil dan mungkin hanya tercatat di sebelah belakang borang permohonan atau di muka surat terakhir risalah promosi yg mengandungi banyak muka surat.
  • Anda perlu memahami syarat2 promosi dan menyedari bila tempoh promosi akan tamat kerana anda mungkin dikenakan caj seperti biasa atau pada kadar yg jauh lebih tinggi setelah tempoh tersebut berakhir.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 23 Disember 2010

6 Persediaan Sebelum Diberhentikan Kerja

  1. Kemahiran - Tidak rugi jika mempelajari kemahiran lain kerana tidak mustahil satu hari nanti anda berjaya menjalankan perniagaan sendiri berbekalkan kemahiran yg dimiliki.
  2. Berusaha - Gunakan modal pinjaman dari bank utk memulakan perniagaan dan gunakan rakan2 sepejabat sebagai pelanggan anda. Dgn itu, apabila diberhentikan kerja, anda telah ada perniagaan sendiri & pelanggan sedia ada.
  3. Menabung - Simpan wang gaji anda dalam akaun bank yg berlainan sebagai tabungan dan jangan diusik.
  4. Pelaburan - Jika anda tidak mempunyai kemahiran utk memulakan perniagaan, anda boleh cuba melaburkan wanf anda atau menanam modal pada perniagaan org lain.
  5. Ramai Kenalan - Dgn ini boleh meluaskan jaringan anda sama ada merisik pekerjaan baru atau mempromosikan perniagaan sendiri
  6. Lunaskan Hutang - Sekurang2nya apabila anda tidak lagi mempunyai pekerjaan tetap, hutang piutang anda telah langsai sepenuhnya.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 16 Disember 2010

Etika Membeli-belah Untuk Wanita



1- Catat barang keperluan
2- Beli setelah membuat simpanan
3- Bandingkan harga barangan
4- Sederhana paling utama
5- Jualan gudang juga membantu
6- Berikan pendidikan kewangan kepada anak2
7- Berjimat cermat
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 9 Disember 2010

Tips Berjimat Ketika Jualan Murah


1- Ketahui hak2 anda sebagai pengguna.
2- Bawa bakul yg kecil, bukan troli. Ia dapat mengurangkan kecenderungan & keinginan anda
untuk berbelanja lebih.
3- Berbelanja apabila anda kenyang kerana ia dapat mengelakkan anda daripada tergesa2 dan
membuat pilihan dgn lebih tenang.
4- Semak harga yg dipaparkan dgn harga yg tercatat pada resit & jumlah barangan yg dibeli.
5- Buat tuntutan jika terdapat perbezaan sama ada dari segi harga, kualiti, keselamatan &
kesahihan barang yg dibeli.
6-Berjalan atau gunakan pengangkutan awam. Ia dapat menghadkan hasrat & kemampuan anda
utk membeli barangan yg tidak perlu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 2 Disember 2010

Tips Berjimat Ketika Jualan Murah

1- Rancang & bataskan perbelanjaan. Sediakan senarai barang yg hendak dibeli. Pastikan anda
patuhi senarai tersebut.
2- Amalkan penggunaan wang tunai untuk menghadkan perbelanjaan.
3- Jgn mudah percaya semua yg didengar & dilihat.
4- Beli hanya ketika perlu.
5- Pastikan mutu & kegunaan barangan yg dibeli tidak atau hampir terjejas.
6- Bandingkan harga dan kualiti dgn kedai2 yg lain sebelum membuat pembelian.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 25 November 2010

Sikap2 Yg Boleh Mencantas Kejayaan

  1. Malas mengembangkan jaringan - Dengan jaringan hubungan yg luas dan kuat, secara tidak langsung peluang akan terbuka luas.
  2. Tiada semangat berpasukan - Jika gagal, kehadiran anda dalam kumpulan tersebut tidak membantu sekaligus tidsak memberi sebarang makna, malah mungkin menjadi beban kepada ahli kumpulan yg lain.
  3. Tidak kemas - Penampilan juga sebenarnya memberi kesan pada persepsi pihak atasan, rakan sekerja dan klien.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 18 November 2010

Sikap2 Yg Boleh Mencantas Kejayaan

  1. Pasif - Jangan pasif dalam melakukan sesuatu kerana sikap negatif tersebut hanya akan membuat kerjaya anda terbantut dan tidak berkembang.
  2. Menunda kerja - Jika terjadi perkara di luar dugaan seperti komputer rosak atau dokumen penting hilang, pasti kelam kabut anda dibuatnya.
  3. Berpolitik - Pastikan anda mengikut jalur politik pejabat yg baik dan bukan menjadi penyampai gosip atau menyebar maklumat palsu.
  4. Segera naik pangkat - Sebelum berada di atas, anda perlu terlebih dahulu melalui pelbagai cabaran dan dugaan. Lebih baik anda memulakan tugas dari bawah, pasti banyak pengalaman yg dapat dikumpulkan dan ini memberikan satu kelebihan kepada anda.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 11 November 2010

Tips Menjadi Pegawai Perhubungan Awam (PRO)


  • Tugas utama PRO membantu menjaga imej syarikat dan mewakilinya dalam banyak hal melalui hubungan dengan media.
  • Untuk menjadi PRO yg bagus, anda perlu berfikiran luas dan mempunyai pengetahun dalam banyak perkara.
  • Graduan yg ingin menghadiri temuduga PRO ini perlu menonjolkan diri dengan kelebihan dan keupayaan yang ada untuk menarik minat majikan.
  • Kriteria lain yg perlu ada ialah berfikir di luar lingkup dan kreatif dalam semua perkara supaya hasil kerja tidak hanya tertakluk pada tahap yg sama sahaja.
  • Kemahiran berkomunikasi dan bahasa perlu sentiasa dipertingkatkan supaya kredibiliti sebagai PRO terselah dan mendapat penilaian baik orang ramai.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 21 Oktober 2010

Tips Adakan Simpanan

  • Mengawal perbelanjaan
  • Mengawal kewangan
  • Jangan belanja lebih daripada pendapatan
  • Jangan berhutang
  • Kalau tidak mampu tangguh sahaja
  • Ada sasaran setiap bulan sebagai contoh jimat RM50 hingga RM100
  • Senaraikan barang2 yg perlu dibeli ketika ke kompleks membeli belah dan pasar raya
  • Jangan ikut orang lain
  • Jangan mudah dipengaruhi oleh barang2 berjenama
  • Elakkan memiliki kad kredit
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 14 Oktober 2010

Keistimewaan Bunga Plastik

  • Mudah dijaga kerana tidak perlukan penjagaan rapi.
  • Murah.
  • Sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja dan tidak kira apa jua majlis.
  • Tidak lapuk dek zaman.
  • Boleh tahan lama pasa 1 jangka masa yg panjang.
  • Terdapat pelbagai warna, bentuk, dan sesuai dengan selera semua orang.
  • Sesuai dipadankan dengan hadiah yg lain seperti coklat atau anak patung yg comel.
  • Tidak berbau dan boleh diberikan kepada sesiapa yg mengalami alergik terhadap bunga asli.
  • Bagi anda yg gemar menghias rumah, bunga plastik sesuai diletakkan di mana2 sahaja sudut rumah.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 7 Oktober 2010

Tips Penjagaan Bunga Plastik


  • Bunga plastik sangat mudah untuk dijaga berbanding dengan bunga hidup.
  • Anda hanya perlu mengelap bunga plastik dengan kain basah untuk membersihkan habuk di sekitarnya.
  • Anda juga boleh membasuh bunga plastik dengan air dan jemur di tengah pancaran cahaya matahari.
  • Bagi bunga plastik yg berkualiti, warnanya tidak akan luntur jika direndam lama di dalam air atau dijemur di tengah panas.
  • Bunga plastik yg dibalut juga boleh disimpan dalam 1 jangka waktu yg lama tanpa perlu mengelapnya.
  • Jangan dedahkan bunga dengan semburan ubat nyamuk atau wangian.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 30 September 2010

Cara Meningkatkan Produktiviti
  1. Fokus
  2. Tidak bertangguh
  3. Melakukan yg terbaik
  4. Tidak sambil lewa
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 26 Ogos 2010

5 Punca Tidak Produktif di Tempat Kerja
  1. Benci pada kerja yg sedang dilakukan - Anda tidak menganggapnya sebagai tugas tetapi masalah. Akibatnya, hasil kerja yg dilakukan juga tidak memuaskan.
  2. Tidak fokus - Tumpuan anda terganggu kerana bunyi bising seperti radio rakan sepejabat. Nasihatkan rakan supaya memperlahankan bunyi tersebut atau cari tempat atau lokasi yg agak tenang utk menyelesaikan pekerjaan tersebut.
  3. Kesalahan dalam memberi keutamaan - Kerja yg penting harus didahulukan berbanding tugas yg lain yg tidak begitu penting. Pengaturan waktu kerja penting agar kualiti kerja menjadi lebih produktif.
  4. Banyak rehat - Berehat tidak salah, tetapi pada masa yg sama kerja tidak harus diabaikan sehingga terbengkalai segala kerja2 anda.
  5. Gaya hidup tidak sihat - Contohnya waktu tidur yg tidak cukup dan perlu diingat kesesgaran dan kesihatan diri berkait rapat dengan kemampuan fungsi otak. Jika tubuh tidak sihat, pastinya sukar bagi seseorang utk berfikir dengan baik apalagi meningkatkan produktiviti.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 19 Ogos 2010

Tips Berjimat Pada Bulan Ramadhan

  • Azam berjimat - Langkah paling mudah yg boleh diamalkan ialah dengan mewujudkan satu jadual perancangan perbelanjaan, misalnya membandingkan harga bajet dengan harga sebenar.
  • Bajet harian - Catatkan jumlah tertentu yg ingin dibelanjakan untuk berbuka dan bersahur setiap hari.
  • Jangan bawa wang berlebihan -Kaedah ini sangat berkesan utk mengelak berlakunya perbelanjaan berlebihan daripada yg sepatutnya.
  • Beli ikut nafsu punca boros - Beli sekadar syarat berbuka dan tidak dikuasi oleh nafsu.
  • Kurangkan kunjungan ke Bazar Ramadhan - Dengan mengurangkan kunjungan anda ke bazar antara langkah yg terbaik bagi menyelamatkan wang anda.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 12 Ogos 2010

Tips Miliki Kediaman Ikut Bajet
  • Selidik latar belakang pemaju
  • Meninjau kawasan perumahan yg sesuai
  • Memilih kejiranan yg aman
  • Berdekatan dengan tempat kerja
  • Pilih kawasan perumahan yg mempunyai kemudahan asas seperti surau, sekolah, masjid, taman asuhan kanak2 dan pasar raya.
  • Pilih kawasan perumahan yg mempunyai rangkaian laluan seperti lebuh raya dan ada pengangkutan awam
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Khamis - 29 Julai 2010

Amalan Lestari Semasa Membeli-belah

  • Fikir dahulu sebelum membeli. Beli apa yg anda perlu dan bukan yg anda mahu.
  • Lakukan pembelian secara atas talian (online) untuk mengurangkan kos pengangkutan. Berhati2 semasa melakukan pembelian secara atas talian dan elakkan diri anda dari ditipu.
  • Beli barangan yg diperbuat daripada kertas atau bahan kitar semula.
  • Apabila hendak menukar atau membeli barangan elektrik yg baru, pilihlah model yg menjimatkan tenaga dan wang.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 22 Julai 2010

Amalan Lestari Semasa Membeli Belah
  • Beli barangan terpakai seperti buku, perabot, peralatan memasak dan lain2. Ia merupakan salah satu amalan penggunaan semula.
  • Bawa beg sendiri untuk membeli belah. Beg plastik tidak boleh dilupuskan dan mengambil masa antara 150 sehingga 500 tahun untuk diuraikan.
  • Gunakan bateri yang dicaj semula dan tanpa kadmium untuk semua peralatan elektronik yg memerlukan bateri.
  • Pilih barang yg kurang menggunakan bungkusan bagi mengurangkan sisa pepejal. Membeli barangan secara pukal dan yang boleh diisi semula kandungannya lebih murah dan menjimatkan pembungkusan.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 15 Julai 2010

Amalan Lestari Semasa Membeli Belah


  • Rancang pembelian untuk mengelakkan daripada membeli barangan yg tidak perlu. Cara ini juga akan membantu para pengguna untuk berjimat.
  • Rancang tempat untuk membeli belah bagi menjimatkan bahan api dan masa. Belilah barang keperluan dengan sekali pergi sahaja. Sebaik2nya kurangkan memandu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas atau berjalanlah untuk mengurangkan pencemaran udara.
  • Bertukarlah kepada petrol tanpa plumbum. Ia mengurangkan pelepasan plumbum ke atmosfera.
  • Pilih peralatan bebas kloroflorokarbon (CFC) serta mesra alam yg menjimatkan tenaga. CFC boleh memusnahkan lapisan ozon dan menyebabkan pemanasan global.
  • Sewa atau pinjam barang yg jarang digunakan. Menyewa lebih menjimatkan ruang penyimpanan barang dan wang.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 8 Julai 2010

Amalan Lestari Sewaktu Membeli Belah
  • Beli makanan segar. Makanan sejuk beku menggunakan 10 kali ganda tenaga untuk dihasilkan.
  • Beli produk keluaran tempatan. Ia menjimatkan bahan api dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida yg keluar semasa proses penghantaran.
  • Beralih ke barangan yg boleh diguna semula. Ia mengurangkan barang buangan dan menjimatkan sumber tenaga. Lampin pakai buang adalah bahan yg tidak boleh lupus dengan sempurna.
  • Jangan beli barang2 yg diperbuat daripada haiwan atau tumbuhan terancam bagi mengekalkan biodiversiti yg menjamin keseimbangan alam sekitar.
  • Bawa bekas mengisi makanan sendiri apabila membeli makanan untuk dibawa pulang. Ini akan mengurangkan penggunaan bekas styrofoam yg tidak boleh lupus.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 1 Julai 2010

Perkara Kecil Tapi Penting Ketika Bekerja
  • Peralatan Bermasalah - Malas membuat laporan ke bahagian IT mengenai peralatan kerja yg bermasalah menyebabkan gangguan kepada produktiviti anda. Mungkin malas kerana hars melalui pelbagai prosedur tapi jika anda sering terlambat menyelesaikan tugasan, lama kelamaan pasti aktiviti bekerja anda terganggu.
  • Keselesaan - Tempat duduk jugap unya peranan untuk membuatkan anda selesa menyelesaikan pekerjaan. Kerusi yg anda duduki harus memenuhi standard keselesaan kerana hampir seluruh masa di pejabat dihabiskan untuk duduk. Bawa bantal atau patung utk diletakkan di bahagian pinggang agar tidak mudah lenguh. Jika anda berasa tegang, tidak salah utk berjalan ke meja, tangga atau ke tandas.
  • Elakkan Menunda Kerja - Memandangkan masih jauh dari "deadline", anda sering bersantai dan menunda tugasan. Apabila tugasan semakin bertambah dengan tarikh "deadline" yg semakin hampir, barulah anda kelam kabut menyelesaikan kerja2 anda.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 13 Mei 2010

Perkara Kecil Tapi Penting Ketika Bekerja
  • Bersedia - Persediaan ke tempat kerja, contohnya menyiapkan pakaian kerja yang hendak dipakai pada malam hari sebelum tidur penting. Jika terlewat bangun, anda tidak panik untuk menyeterika baju dan lain2 lagi.
  • Sarapan - Apabila bersarapan, anda akan bertenaga untuk melakukan aktiviti pada pagi hari.
  • Catat - Rencana harian penting di dalam diari atau jurnal supaya anda tidak tertinggal mana2 aktiviti penting yang perlu anda lakukan pada hari tersebut.
  • Bersih - Meja kerja yang bersih dan rapi akan membuatkan kerja2 anda lebih mudah dan tidak perlu membuang waktu untuk mencari dokumen2 penting yang mungkin terselit di celah2 buku2 atau kertas2 yg bertimbun2 di atas meja.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 29 April 2010

Menabung untuk Masa Depan

  1. Berhenti merokok
  2. Bawa bekal ke tempat kerja
  3. Cuci kereta sendiri
  4. Beriadah di rumah
  5. Bayar bil kredit pada masanya
  6. Ajar anak anda sendiri
  7. Rancangan pembelian barangan dapur
  8. Jelaskan bil anda menggunakan kemudahan internet
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 25 Februari 2010

Jimat Elektrik Ketika Menonton Televisyen
  • Tutup televisyen dan sebarang alatan elektrik yang bersambung dengan televisyen apabila peralatan tersebut tidak digunakan. Jangan juga biarkan TV dalam fungi bersedia (standby) kerana walaupun tidak dipasang, ia masih tidak ditutup dengan sepenuhnya.
  • Tutup lampu latar belakang atau backlight skrin TV anda. Kebanyakan skrin TV memberikan anda kebolehan mengawal kedalaman lampu latar belakang TV anda. Jika ia ditutup, anda boleh mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan cahaya TV anda kurang terang.
  • Pasang fungsi jimat tenaga atau power safe pada TV anda. Ia bertujuan untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.
  • Kawal pencahayaan lampu bilik. Jika tidak mahu menonton dalam terang, anda boleh menutup lampu.
  • Beli televisyen yang kecil.
  • Kurangkan tempoh masa menonton dan lakukan perkara lain bagi mengisi masa lapang.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments