Khamis - 1 Oktober 2009

Idea Memilih Langsir
  • Pastikan bajet anda terlebih dahulu. Jangan membazir pada ruang yang tidak perlu dan penting.
  • Pilih kain mengikut kesesuaian atau fungsi seperti kain nipis dan jarang untuk sebelah siang dan kain yang lebih tebal untuk sebelah malam.
  • Pastikan pemilihan fabrik bersesuaian atau sebalinya kerana walaupun ia kelihatan cantik, tidak semuanya sesuai digunakan sebagai langsir.
  • Jika anda menjahit sendiri langsir, pastikan fabrik yang digunakan bersesuaian dengan mesin jahit anda kerana sebahagian fabrik mungkin memerlukan mesin jahit berkuasa tinggi dan jenis jahitan yang berbeza dengan kemampuan mesin jahit biasa.
  • Untuk menjimatkan, pastikan juga jenis fabrik yang digunakan mudah dicuci dengan cucian biasa.
  • Pilih warna yang bersesuaian konsep dan jenis kediaman.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 10 September 2009

Tips Cergas Bekerja di Bulan Ramadhan
Fizikal & Penampilan
Senaman perlu dilakukan namun ia terpulang kepada kemampuan diri. Tidak perlu senaman yang berat sebaliknya senaman ringan sudah memadai. Berjalan kaki dan naik turun tangga juga sudah boleh dikira sebagai satu senaman.

Mental
Usah ikutkan perasaan yang membuatkan anda lemah. Cuba lawan dan jangan lihat berpuasa seolah-olah satu masalah besar. Perbanyakkan membaca buku mengenai fadilat pada bulan puasa dan ikuti program-program yang dianjurkan oleh surau kawasan berdekatan rumah anda bagi menambah pahala di bulan yang mulia ini.

Mandian
Ketika berpuasa, mandi terlalu kerap tidak disyorkan kerana dianggap makruh. Namun anda tetap perlu mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk membersihkan diri. Mandian akan menyegarkan tubuh badan anda sekaligus membuatkan anda terus bersemangat menjalani rutin harian. Bagi menambah keyakinan diri, manjakan badan dengan gel mandian. Abuan wangi dan kesegaran akan membantu anda berdepan dengan sesiapa sahaja.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 3 September 2009

Melengkapkan Landskap Idaman
  • Kolam untuk rekreasi - Mungkin bagi mereka yang mempunyai laman yang luas seperti di kampung, mendapat kelebihan untuk mencipta kolam yang luas untuk tujuan rekreasi.
  • Lindungi kolam - Jika mahu, anda boleh menggunakan kanvas yang direka khas untuk kolam. Ia bertujuan menjadikan kolam lebih eksklusif dan memberi satu rekaan unik buat kawasan tanaman secara keseluruhan.
  • Pencahayaan - Memandangkan kawasan kolam yang agak besar, soal keselamatan perlu diambil kira. Anda boleh menyediakan lampu taman yang unik, elegan dan bijak. Pencahayaan yang baik memberi kesan hebat pada taman anda.
  • Perabot santai yang lasak - Pilih perabot yang tahan lasak dan boleh tahan cuaca dan kelembapan. Pastikan juga perabot tersebut ringan dan mudah dialih. Perabot rotan lebih sesuai kerana ia tahan lasak dan menjadikan suasana kolam bagaikan di pusat percutian mewah.
  • Kolam di taman kecil - Bagi kolam yang agak kecil, anda boleh bermain dengan pelbagai media takungan seperti besen lama, tab mandi atau kawah untuk memasak. Atau, anda boleh bina kolam biasa yang dikemaskan dengan adanya batu-batu semulajadi. Pilih sama ada mahu membuat kolam di atas permukaan tanah atau di bawah permukaan tanah.
  • Tempat bersantai - Ruang yang terhad menyukarkan anda untuk menempatkan meja dan kerusi taman. Jadi, pilihlah bangku yang lebih ekonomi dan tempatkan ia berhadapan kolam atau di sudut kolam.
  • Tutup kolam dengan semulajadi - Pilih sepohon pokok rendang bagi memayungi kawasan kolam anda. Pokok kemboja merupakan antara pokok yang sesuai dengan landskap kolam di taman kecil. Wujudkan persekitaran subur dan menghijau dengan pohonan renek agar binaan kolam tidak kelihatan keras dan kaku.
  • Kolam rekaan semulajadi - Bagi yang halus pengamatannya, kolam boleh dijadikan sebahagian daripada rupa bentuk geografi laman. Bagaikan satu pembentukan kolam semulajadi. Jendela yang besar di sisi atau bukaan yang berdekatan dengannya menarik tuan rumah untuk menghabiskan masa di sekitar kolam.
  • Berkelah menikmati keindahan alam - Abadikan kerusi malas atau bina geladak, agar ia dapat dijadikan tempat untuk melepas lelah atau berehat. Jadikan laman anda lebih berfungsi seperti makan tengahari atau minum petang di kawasan kolam anda.
  • Pergola hiasan penting - Tidak perlu terlalu ghairah membina tempat berteduh di kawasan laman anda. Pergola boleh sahaja dibina bagi memayungi kawasan kolam dan mungkin sebuah gazebo kecil. Tanam sedikit tumbuhan tetapi elak memilih pokok bunga kertas kerana bunganya sering gugur. Sukar untuk membersihkan kolam dan sekaligus mencacatkan pemandangan kolam anda.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments