Khamis - 6 Oktober 2011

Tips Pemilihan Sofa
Aspek Penjagaan
  • Contohnya, sofa fabrik daripada bahan kapas lebih mahal dan memerlukan penjagaan rapi manakala sofa PVC dan kulit mudah dijaga.Bagaimanapun, penggunaannya lebih praktikal di ruang berhawa dingin kerana jika keadaan ruang terlalu panas, sofa jenis ini meninggalkan kesan melekit dan berdaki.
  • Penjagaan sofa daripada bahan kayu dan rotan adalah terbaik kerana tidak banyak menimbulkan masalah. Apa yg perlu dijaga adalah sarung kusyen.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 29 September 2011

Tips Pemilihan Sofa
Perbandingan Harga
  • Jenama, jaminan mutu, keistimewaan bahan yg digunakan dan reka bentuk terkini akan mempengaruhi harga.
  • Pengguna digalakkan membuat perbandingan harga kerana barang mahal belum tentu bermutu tinggi, begitu juga yg mempunyai reka bentuk unik tak semestinya tahan lama.
  • Nilai perabot terletak pada mutu dan keaslian bahan. Jangan tergesa2 membli perabot kerana penggunaannya bukan untuk setahun dua tetapi melebihi jangkaan masa 10 tahun.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 11 Ogos 2011

Tips Pemilihan Sofa
Pemilihan Warna dan Corak

Kombinasi warna sofa memberi kesan kepada suasana ruang. Warna perlu lebih menonjol daripada warna langsir atau bahan kemasan lain di ruang berkenaan. Oleh itu, anda perlu kreatif dalam mempelbagaikan corak fabrik supaya sesuai dengan konsep hiasan yg mahu diterapkan.

Pilihan fabrik bercorak klasik dikatakan paling sesuai jika mahu mewujudkan ruang bergya eksklusif atau kedesaan. Reka bentuk corak berjalur, geometri dan bintik adalah pilihan yg sesuai bagi mereka yg mahu menghasilkan suasana ringkas atau berkonsepkan kontemporari.

Jika ruang terhad, elak guna fabrik corak bunga besar kerana ruang akan kelihatan sempit sebaliknya guna fabrik berjalur supaya ruang nampak lebih luas, tinggi dan selesa.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 4 Ogos 2011

Pemilihan Sofa
Kesesuaian UkuranPastikan sofa tidak terlalu besar sehingga menyempitkan ruang yg memang sudah kecil atau sofa terlalu kecil di ruang yg luas sehingga mewujudkan banyak ruang lopong. Paling penting, ukuran sofa mestilah tidak menganggu pergerakan penghuni. Sebaiknya, guna sofa berukuran sederhana dan mudah alih. Sofa rotan atau kayu adalah pilihan paling ideal berbanding sofa lain yang umumnya berukuran satu setengah kali lebih besar.

Bagaimanapun, ada juga sofa kayu berukir yg besar ukurannya dan hanya sesuai untuk ruang luas. Bagi ruang sederhana luas, letakkan sofa 2 dan 3 tempat duduk manakala ruang sempit, memadai sofa 2 tempat duduk dan sepasang sofa 1 tempat duduk.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 28 Julai 2011

Pemilihan Sofa

Kelebihan Reka Bentuk - Pelbagai reka bentuk sofa di pasaran, daripada gaya klasik, tradisional atau nusantara sehinggalah moden dan kontemporari yg mempunyai kelebihan tersendiri.

Sofa yang hendak dipilih perlu disesuaikan dengan tema dan konsep ruang kediaman supaya tidak nampak asing. Jika tidak berkenan pengguna boleh menempah mengikut citarasa.

Satu lagi bentuk sofa popular sekarang ialah yg boleh diubah suai menjadi katil. Penggunaannya pratikal, terutama di kediaman yg mempunyai ruang terhad. Ia juga mencerminkan gaya hidup moden.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 21 Julai 2011

Pemilihan Sofa
Kekuatan Bahan - Selain fabrik, kediaman juga boleh dihiasi dengan sofa kayu dalam pelbgaai kemasan sama ada warna hitam, coklat kemerahan, coklat kehitaman atau coklat. Ada juga sofa rotan dengan dgn gaya semula jadi yg boleh digabung dengan kusyen fabrik.

Bagi menampilkan imej moden dan minimal, pilihan sofa daripada bahan kemasan kulit atau PVC sangat sesuai namun sukar dijaga, terutama bagi yg mempunyai anak sedang membesar dan lasak kerana mudah terkoyak terutama jika bahan kemasan itu bukan bahan asli yg mempunyai jaminan.

Ketika ini sofa yg dihasilkan daripada gabungan bahan tertentu misalnya kayu dan anyaman rotan menjadi pilihan bagi kediaman yg berkonsepkan nusantara dan tropika.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 30 Jun 2011

Tiga Langkah Menangani Kemarahan



  1. Berhenti seketika sambil mengakui anda sebenarnya sedang marah dan cuba bertenang.
  2. Rancang fikiran anda mengikut kebijaksanaan dan bukan emosi.
  3. Bertindak menggunakan daya tindak yg berkesan. Dengan itu, anda akan lebih tenang menghadapi sebarang keadaan mendesak. Amalkan cara hidup sihat termasuk bersenam, beriadah dan meditasi menggunakan muzik.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments