Khamis - 11 Ogos 2011

Tips Pemilihan Sofa
Pemilihan Warna dan Corak

Kombinasi warna sofa memberi kesan kepada suasana ruang. Warna perlu lebih menonjol daripada warna langsir atau bahan kemasan lain di ruang berkenaan. Oleh itu, anda perlu kreatif dalam mempelbagaikan corak fabrik supaya sesuai dengan konsep hiasan yg mahu diterapkan.

Pilihan fabrik bercorak klasik dikatakan paling sesuai jika mahu mewujudkan ruang bergya eksklusif atau kedesaan. Reka bentuk corak berjalur, geometri dan bintik adalah pilihan yg sesuai bagi mereka yg mahu menghasilkan suasana ringkas atau berkonsepkan kontemporari.

Jika ruang terhad, elak guna fabrik corak bunga besar kerana ruang akan kelihatan sempit sebaliknya guna fabrik berjalur supaya ruang nampak lebih luas, tinggi dan selesa.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Khamis - 11 Ogos 2011"

Post a Comment