Khamis - 13 Januari 2011

Tips Atasi Masalah Sukar Tidur



  1. Mandi Air Panas - penulis buku counting sleep menyarankan mandi air panas sebelum tidur kerana suhu tubuh memiliki mempegaruhi seberapa cepat anda boleh tidur. Tidur malam biasanya dapat menurunkan suhu tubuh badan.

  2. Tidur Tepat Pada Waktu Yang Sama - tidur dan bangun tidur pada waktu yang sama secara teratur penting bagi mendapatkan tidur yang sihat

  3. Minum Susu Panas Sebelum Tidur - kandungan kalsium dalam susu dapat membuat kita berasa lebih relaks. Susu yang kaya dengan trytophan dapat mengubah hormon seseorang menjadi cepat mengantuk.

  4. Tidur Diruang Gelap dan Tenang - untuk menjamin tidur malam yang panjang dan tidak terganggu, cubalah tidur ditempat yang gelap dan tenang kerana hormon akan dikeluarkan oleh otak selama berjam-jam di dalam kegelapan.

  5. Hubungan Intim - bagi yang dah berumahtangga, jika anda dtres atau mengalami tekanan dan tidak boleh tidur lakukan hubungan intim. Ia dapat mengeluarkan satu bahan kimia dari otak yang bertindak sebagai painkiller yang efektif.

  6. Elakkan - mengambl keju, coklat, sayur bayam dan tomato kerana ia merangsang otak untuk berfikir dengan aktif.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis 6 Januari 2011

Sayur dan Ulam penting untuk badan yang sihat


  • jika anda ingin mengurangkan berat badan, sayur dan buah dapat membantu anda. Ia mengandungi kandungan air dan serat yang tinggi amat sesuai dijadikan pilihan terbaik untuk hidangan ringan ataupun hidangan utama.



  • serat yang ada dalam buah-buahan dapat membuatkan anda berasa cepat kenyang disamping membantu mempercepatkan proses penghadaman.



  • sayuran organik yang cukup baik adalah sayuran berdaun hijau seperti sayur bayam kerana mengandungi vitamin c yang banyak.



  • untuk mendapatkan khasiat terbaik, sebaiknya sayuran dimasak dengan cara kukus dibandingkan dengan merebus. Kukus dapat memastikan zat pada sayur-sayur tidak hilang dengan banyak.



  • selain sayuran, ulaman turut mempunyai khasiat yang banyak termasuklah bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 30 Disember 2010

Tips Dalam Memilih Kad Kredit


  • Pengeluar kad kredit mungkin menawarkan anda hadiah promosi seperti telefon bimbit, dompet kulit dan sebagainya untuk mempromosikan kad kredit mereka. Sebelum memohon kad kredit tersebut, fahami syarat2 yg terkandung di dalam tawaran tersebut.
  • Untuk menarik perhatian anda, pengeluar kad kredit mungkin mengenakan yuran dan caj kewangan pada kadar rendah atau memansuhkan caj2 tersebut sama sekali untuk sesuatu tempoh masa tertentu.
  • Risalah promosi mungkin menitikberatkan kadar faedah permulaan yg rendah dengan saiz tulisan yg besar dan mudah dibaca, kadang2 tanpa mempamerkan tarikh luput.
  • Kadar faedah selepas tamat tempoh promosi pula tidak dinyatakan dgn jelas, iaitu dengan menggunakan saiz tulisan yg kecil dan mungkin hanya tercatat di sebelah belakang borang permohonan atau di muka surat terakhir risalah promosi yg mengandungi banyak muka surat.
  • Anda perlu memahami syarat2 promosi dan menyedari bila tempoh promosi akan tamat kerana anda mungkin dikenakan caj seperti biasa atau pada kadar yg jauh lebih tinggi setelah tempoh tersebut berakhir.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 23 Disember 2010

6 Persediaan Sebelum Diberhentikan Kerja

  1. Kemahiran - Tidak rugi jika mempelajari kemahiran lain kerana tidak mustahil satu hari nanti anda berjaya menjalankan perniagaan sendiri berbekalkan kemahiran yg dimiliki.
  2. Berusaha - Gunakan modal pinjaman dari bank utk memulakan perniagaan dan gunakan rakan2 sepejabat sebagai pelanggan anda. Dgn itu, apabila diberhentikan kerja, anda telah ada perniagaan sendiri & pelanggan sedia ada.
  3. Menabung - Simpan wang gaji anda dalam akaun bank yg berlainan sebagai tabungan dan jangan diusik.
  4. Pelaburan - Jika anda tidak mempunyai kemahiran utk memulakan perniagaan, anda boleh cuba melaburkan wanf anda atau menanam modal pada perniagaan org lain.
  5. Ramai Kenalan - Dgn ini boleh meluaskan jaringan anda sama ada merisik pekerjaan baru atau mempromosikan perniagaan sendiri
  6. Lunaskan Hutang - Sekurang2nya apabila anda tidak lagi mempunyai pekerjaan tetap, hutang piutang anda telah langsai sepenuhnya.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments