Khamis - 12 Mei 2011

Apa yg Anda Perlu Buat Jika Kenderaan Anda Ditarik?

Apakah proses yg terlibat dalam penarikan balik kenderaan?
  • Sebelum menarik kenderaan anda, institusi perbankan perlu menghantar Notis Jadual Keempat yg merupakan notis bertulis yg menyatakan hasrat mereka untuk menarik kenderaan anda.
  • Notis tersebut luput dlm masa 21 hari. Notis kedua akan dikeluarkan 14 hari selepas tarikh notis Jadual Keempat, utk memberitahu bahawa institusi perbankan berhasrat menarik kenderaan anda selepas luput notis Jadual Keempat. Anda boleh mengelakkan penarikan kenderaan anda dengan membayar jumlah tertunggak seperti yg dinyatakan dalam Jadual Keempat sebelum tempoh 21 hari atau memulangkan kenderaan tersebut kepada institusi perbankan sebelum tarikh luput.
  • Anda perlu menjelaskan baki hutang selepas ditolak nilai kenderaan tersebut.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 5 Mei 2011

Apa yg Anda Perlu Buat Jika Kenderaan Anda Ditarik?


Siapakah yg boleh menarik kenderaan?

Biasanya institusi perbankan akan melantik penarik yg berdaftar dengan Persatuan Syarikat2 Sewa Beli Malaysia untuk menarik balik kenderaan bermotor. Sebelum menarik balik kenderaan bermotor, penarik mestilah menunjukkan kad pengenalannya, kad kuasa dan surat arahan penarikan yg dikeluarkan oleh institusi perbankan yg membenarkan penarik mengambil kenderaan bermotor tersebut. Anda boleh meminta untuk melihat kad pengenalan dan kad kuasanya sebelum menyerahkan kenderaan bermotor anda.

Ikuti sambungan tips ini minggu hadapan untuk mengetahui proses yg terlibat di dalam penarikan balik kenderaan.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 28 April 2011

Tips Menghadiri Temuduga
  • Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda. Beri jawapan dengan jelas dan lantang.
  • Jangan bersikap ego.
  • Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, jika perlu ambil masa untuk berfikir untuk menjawab.
  • Banyakkan senyuman tapi jangan terlebih senyum.
  • Berikan penekanan dalam jawapan anda yg menyokong butiran yg tertulis dalam CV atau resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yg tidak boleh dicapai oleh orang lain.
  • Tunjukkan yg anda berminat terhadap pekerjaan ditawarkan dan benar2 mahu bertugas dengan syarikat itu.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 14 April 2011

Tips Memilih Perabot untuk Luar Rumah
  • Anda boleh menggantung buaian jika ada pokok untuk menggantungnya.
  • Kerusi taman amat sesuai di letak di tepi kolam renang atau di laman rumah ataupun set buaian dariada kemasan besi tempawan juga amat popular sekarang ini. Set buaian ini amat tahan lama dan tahan karat.
  • Pintu gerbang daripada pokok menjalar amat cantik untuk dekorasi taman anda
  • Kalau anda suka minum petang dengan keluarga di luar, apa kata beli satu set kerusi taman yang lengkap dengan kerusi dan meja. Warna dan gaya juga amat penting untuk perabot di luar rumah.
  • Sebuah kerusi batu (tarazo) dikelilingi batu2 dan pasu2 kendi berwarna tanah dapat memberikan suasana berbeza daripada set kayu jati yg sememangnya sudah biasa digunakan.
  • Namun, pertimbangkan dahulu bajet anda. Perabot taman memang sama mahalnya dengan perabot di dalam rumah. Barang yg murah tidak semestinya selamat dan tahan lama.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 7 April 2011

Tips Jimat Minyak
  • Apabila lampu isyarat bertukar hijau, anda tidak perlu bergerak laju. Lebih kuat anda menekan pedal minyak, lebih banyak minyak yg digunakan. Sebaliknya, tekan perlahan2 & anda dapat menjimatkan banyak petrol daripada dulu.
  • Jika anda melihat lampu isyarat bertukar kepada merah, cepat2 tekan pedal brek daripada menunggu sehingga mencapai ke hujung jalan. Pijak brek secara perlahan agar kereta anda dapat berehat seketika dan ini menjamin ketahanan pad brek.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments