Khamis - 4 Ogos 2011

Pemilihan Sofa
Kesesuaian UkuranPastikan sofa tidak terlalu besar sehingga menyempitkan ruang yg memang sudah kecil atau sofa terlalu kecil di ruang yg luas sehingga mewujudkan banyak ruang lopong. Paling penting, ukuran sofa mestilah tidak menganggu pergerakan penghuni. Sebaiknya, guna sofa berukuran sederhana dan mudah alih. Sofa rotan atau kayu adalah pilihan paling ideal berbanding sofa lain yang umumnya berukuran satu setengah kali lebih besar.

Bagaimanapun, ada juga sofa kayu berukir yg besar ukurannya dan hanya sesuai untuk ruang luas. Bagi ruang sederhana luas, letakkan sofa 2 dan 3 tempat duduk manakala ruang sempit, memadai sofa 2 tempat duduk dan sepasang sofa 1 tempat duduk.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 28 Julai 2011

Pemilihan Sofa

Kelebihan Reka Bentuk - Pelbagai reka bentuk sofa di pasaran, daripada gaya klasik, tradisional atau nusantara sehinggalah moden dan kontemporari yg mempunyai kelebihan tersendiri.

Sofa yang hendak dipilih perlu disesuaikan dengan tema dan konsep ruang kediaman supaya tidak nampak asing. Jika tidak berkenan pengguna boleh menempah mengikut citarasa.

Satu lagi bentuk sofa popular sekarang ialah yg boleh diubah suai menjadi katil. Penggunaannya pratikal, terutama di kediaman yg mempunyai ruang terhad. Ia juga mencerminkan gaya hidup moden.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khamis - 21 Julai 2011

Pemilihan Sofa
Kekuatan Bahan - Selain fabrik, kediaman juga boleh dihiasi dengan sofa kayu dalam pelbgaai kemasan sama ada warna hitam, coklat kemerahan, coklat kehitaman atau coklat. Ada juga sofa rotan dengan dgn gaya semula jadi yg boleh digabung dengan kusyen fabrik.

Bagi menampilkan imej moden dan minimal, pilihan sofa daripada bahan kemasan kulit atau PVC sangat sesuai namun sukar dijaga, terutama bagi yg mempunyai anak sedang membesar dan lasak kerana mudah terkoyak terutama jika bahan kemasan itu bukan bahan asli yg mempunyai jaminan.

Ketika ini sofa yg dihasilkan daripada gabungan bahan tertentu misalnya kayu dan anyaman rotan menjadi pilihan bagi kediaman yg berkonsepkan nusantara dan tropika.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments