Khamis - 4 Februari 2010
Posted in |
at
5:14 PM
Cara Menjimatkan Minyak Kereta

Minggu lalu, kita berkongsi tips menjimatkan minyak kereta dari segi penggunaan minyak. Minggu ini, kita akan berkongsi tips menjimatkan minyak kereta dengan cara kita memandu.
- Pemanduan melebihi 40mph memaksa kereta anda untuk mengatasi rintangan angin.
- Jangan melebihi had kelajuan yang sah. Sebenarnya, had ini telah ditetapkan bagi perjalanan yang selamat, tetapi kecekapan minyak juga perlu diingati. Perjalanan pada 55mph memberikan anda kira2 21% perbatuan apabila dibandingkan kepada had kelajuan sah 65mph dan70mph.
- Memandu laju dalam gear rendah boleh mengguna sehingga lebih45% minyak daripada yang sepatutnya.
- Memandu menggunakan kereta manual membenarkan penukaran ke gear tinggi dengan cepat. Ini membolehkan anda menjimatkan minyak jika terpaksa mengekori kereta di hadapan.
- Pastikan tingkap ditutup apabila memandu di lebuhraya yang mempunyai had laju. Tingkap yang terbuka menyebabkan udara terseret sekaligus mengurangkan perbatuan sehingga 10%.
- Pandu dengan berhati2. Memandu laju atau perlahan, kedua2nya membazirkan minyak. Elakkan juga mengekori kereta di hadapan kerana apa yang bakal dilakukan oleh pemandu di hadapan memang tidak dapat dielakkan serta tidak selamat.
- Berfikir pantas apabila mula memasuki kawasan bukit. Jika anda menekan minyak, lakukan sebelum mencecah bukit, bukan sewaktu masih mendaki bukit.
Ikuti nasihat umum menjimatkan minyak kereta dalam Tips Gaya Hidup minggu hadapan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







0 Response to "Khamis - 4 Februari 2010"
Post a Comment