Khamis - 14 Januari 2010

Tips Menghadiri Temuduga
  • Skil Komunikasi - Walaupun mempunyai kelemahan dari segi bahasa, calon tidak harus menunjukkannya sebaliknya bersikap yakin ketika bertutur.
  • Kejujuran dan Integriti - Jujur antara sifat penting yang diambilkira majikan dan integriti pula adalah tambahan kepada sifat yang ada.
  • Skil Kerja Kumpulan - Keupayaan melakukan kerja secara berkumpulan sering diberi perhatian majikan.
  • Skil Interpersonal- Kemahiran ini menjelaskan peribadi seseorang calon sama ada sesuai dengan jawatan yang ditawarkan atau tidak.
  • Inisiatif dan Motivasi - Majikan melihat calon yang layak apabila memiliki semangat ingin bekerja dan sangat bermotivasi.
  • Etika Kerja Kuat - Perkara ini bersangkut paut dengan sikap calon sama ada mengikut prosedur kerja dan mahu berusaha untuk berjaya atau tidak.
  • Skil Analitikal - Semakin diberi perhatian majikan yang menilai keupayaan analitikal seseorang calon.
  • Penerimaan dan Fleksibel - Ini menjelaskan sama ada calon itu mudah menerima arahan dan sanggup melakukannya atau tidak.
  • Skil Komputer - Kemahiran komputer yang semakin perlu berikutan zaman ini yang menitikberatkan teknologi.
  • Keyakinan Diri - Calon perlu dilihat berkeyakinan dan mampu menjawat jawatan yang ditawarkan.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Khamis - 14 Januari 2010"

Post a Comment