Khamis - 11Februari 2010

Cara Menjimatkan Minyak Kereta
Inilah dia nasihat2 umum untuk menjimatkan minyak kereta..
  • Elakkan jalan rosak dan berlekuk jika boleh kerana batu2 jalan boleh membuatkan anda kehilangan minyak sebanyak 30%.
  • Gunakan jalan alternatif yang selamat, pendek dan lurus. Bandingkan perbezaan jarak pemanduan. Ingatlah bahawa simpang, jalan tidak lurus memerlukan minyak yang banyak.
  • Lampu isyarat selalunya masa yang sesuai bagi anda untuk menunjukkan kemahiran memandu anda. Dengan memandu berhati2 pada had laju yang dibenarkan, ini akan memberi peluang kepada anda untuk melalui lampu hijau sepanjang perjalanan.
  • Periksa suspensi dan chasis bagi memeriksa misalignment.
  • Tambah angin tayar pada tahap maksimum. Setiap tayar perlulah diperiksa selalu. Apabila membeli tayar baru, dapatkan tayar berdiameter besar untuk roda belakang. Rekaan jejari dipercayai mampu menjimatkan minyak. Periksa spesifikasi pengeluar tayar bagi mengenal pasti tekanan tayar maksimum.
  • Keluarkan berat berlebihan daripada but kereta atau dari dalam kereta. Berat berlebihan boleh mengurangkan perbatuan terutamanya apabila memandu di lereng.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Khamis - 11Februari 2010"

Post a Comment