Khamis - 17 Disember 2009
Posted in |
at
12:02 AM
Idea Hias Bilik Air
Border Wallpapar - Motif border wallpaper ini perlu bersesuaian dengan warna cat atau jubin bilik mandi anda. Pasang border wallpaper tadi di sekeliling bahagian atas dinding, ia membahagikan ruang atas dan bawah dinding. Selain mengindahkan ruang bilik air, ia juga membuatkan ruang itu kelihatan tenang.
- Rak Bilik Air - Gunakan rak dari kayu, buluh atau rotan untuk menyimpan alatan di bilik air yang seolah2 memperlihatkan suasana semula jadi yang nyaman dan selesa. Susun alatan dengan rapi agar ruang tidak terlalu serabut dengan barangan mandian anda.
- Wangian - Penting untuk membuatkan suasana segar dan nyaman. Anda boleh memilih sama ada mahu meletakkan lilin aromaterapi, minyak pati atau jambangan potpuri yang boleh diperolehi dari pasaraya dengan harga yang berpatutan.
- Bunga - Anda boleh memilih bunga plastik kerana ia lebih tahan lama dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Walau bagaimanapun, bunga plastik boleh menjadi sarang debu jika tidak dibersihkan selalu. Bunga2an segar pula mengeluarkan haruman semula jadi yang membuatkan bilik air segar sentiasa dan sedap dipandang mata.
- Tanaman Dalam Pasu - Pilih tanaman yang tidak memerlukan pancaran matahari yang banyak.Aanda tidak perlu memeliharanya dengan lebih rumit. Letakkan di sudut yang mendapat pancaran matahari secara langsung.
- Cermin - Pasang cermin pada salah satu sisi dinding bilik air. Ia memberi kesan permukaan yang luas pada bilik air yang kecil. Pilih cermin yang bersesuaian dengan bilik air anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







0 Response to "Khamis - 17 Disember 2009"
Post a Comment