Khamis - 10 Disember 2009
Posted in |
at
10:04 PM
Cara Menjimatkan Air di Rumah

Tandas

Tandas
- Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah, contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah.
- Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
- Sentiasa melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.
- Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna meleleh keluar ketika dan selepas curahan.
Bilik Mandi
- Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
- Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram tanaman.
- Tutup pancuran mandian setika bersabun.
Sinki
- Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
- Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.
Taman
- Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat dariapda kepanasan.
- Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
- Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
- Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.
- Elakkan penggunaaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasakan air.
- Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
- Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6cm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
- Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
- Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.
Dapur
- Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalan sinki. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
- Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk.
- Cuci sayur2an, buah2an atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir.
- Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.
Garaj
- Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.
- Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.
Lain2
- Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
- Maklumkan sebarang kerosakan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta
- Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekianya boleh untuk curahan tandas simbah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







0 Response to "Khamis - 10 Disember 2009"
Post a Comment