Khamis - 24 Disember 2009
Posted in |
at
12:17 AM
- Bajet Kecil Tapi Penampilan Hebat
Tambah Koleksi Pakaian Berwarna - Cara terbaik untuk menonjolkan penampilan anda ialah dengan membeli seberapa banyak pakaian berwarna untuk dipadankan dengan seluar anda ketika berlangsungnya jualan murah. Bagaimanapun, perlu diingat bahawa pakaian2 tersebut perlulah disesuaikan dengan warna kulit anda terlebih dahulu supaya tidak kelihatan janggal. Seeloknya, tambah keloeksi pakaian berwarna untuk kemeja, baju-t, sweater dan pakaian sukan.
- Kacamata Aksesori Fesyen Yang Menarik - Bagi anda yang berkacamata, apa kata tukar bingkai anda kepada yang baru sama ada kaca mata hitam atau sebaliknya. Percaya atau tidak dengan bingkai yang berbeza ia secara tidak langsung menonjolkan penampilan sekaligus membuatkan diri kelihatan lebih bergaya. Pastikan bentuk bingkai anda sesuai dengan muka serta warna kulit kerana ia mampu mempengaruhi mood berfesyen. Jika anda tidak berkacamata, cubalah mengenakan cermin mata hitam yang lebih santai kerana ia adalah salah satu aksesori yang hebat.
- Pakaian Serta Aksesori Berjenama Perlu Ada Walaupun Tak Banyak - Tidak perlu berlumba2 membeli pakaian berjenama jika tidak sesuai dengan bajet anda. Memadailah dengan membeli 1 atau 2 pasang pakaian atau aksesori fesyen sahaja kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih bergaya. Pakaian atau aksesori berjenama berkenaan pasti menonjolkan penampilan serta aset yang dimiliki selain memberikan kepuasan yang hakiki.
- Jangan Pakai Kasut Koyak - Hindari dari memakai kasut berkenaan kerana ia sememangnya mencacatkan penampilan. Seeloknya pakailah kasut formal atau sneakers yang masih elok keadaannya untuk menonjolkan diri anda. Bagaimanapun, penggunaan kasut kulit dikatakan lebih selamat dan sesuai untuk gaya smart kasual.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







0 Response to "Khamis - 24 Disember 2009"
Post a Comment