Khamis - 3 Disember 2009
Posted in |
at
6:49 AM
Tips Pemakaian, Penyimpanan dan Penjagaan Kanta Lekap

- Bersihkan kanta lekap anda dengan disinfektan setiap hari.
- Basuh tangan anda sebelum memegang kanta lekap sebaik2nya menggunakan sabun tanpa wangian.
- Jangan gunakan air liur, air suling, air paip atau larutan salina yang dibuat sendiri dan tidak disterilkan untuk membersih kanta lekap anda.
- Semua larutan disinfektan adalah berlainan. Oleh itu, untuk melindungi kanta lekap daripada mengering, pilihlah larutan serba guna yang mengandungi pelembap seperti taurina untuk memanjangkan keselesaan pemakaiannya.
- Bersihkan bekas kanta lekap anda sekurang2nya sekali seminggu dan biarkan ia kering sendiri.
- Jangan biarkan hujung botol larutan anda menyentuh sebarang permukaan termasuk kanta lekap anda untuk mengelaknya tercemar.
- Pakai kanta lekap dahulu sebelum mengenakan solekan mata dan tanggalkan kanta lekap sebelum membersihkan solekan.
- Jangan tidur memakai kanta lekap kecuali mendapat arahan doktor. Memakai kanta lekap semalaman walaupun sekejap saja, lebih memudaratkan daripada menanggalkannya setiap malam.
- Jangan memakai kanta lekap melebihi masa yang sudah ditetapkan. Jika anda tidak sempat menggantikannya, pakailah cermin mata buat sementara waktu.
- Gunakan kosmetik berasaskan air semasa memakai kanta lekap.
- Dapatkan pemeriksaan mata lengkap setiap 12 bulan, termasuk ujian untuk glaukoma, katarak dan degenerasi makular. Golongan berumur dan penghidap kencing manis patut mendapatkan pemeriksaan lebih kerap optometris.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







0 Response to "Khamis - 3 Disember 2009"
Post a Comment