Khamis - 30 Disember 2010
Posted in |
at
9:41 PM
Tips Dalam Memilih Kad Kredit
- Pengeluar kad kredit mungkin menawarkan anda hadiah promosi seperti telefon bimbit, dompet kulit dan sebagainya untuk mempromosikan kad kredit mereka. Sebelum memohon kad kredit tersebut, fahami syarat2 yg terkandung di dalam tawaran tersebut.
- Untuk menarik perhatian anda, pengeluar kad kredit mungkin mengenakan yuran dan caj kewangan pada kadar rendah atau memansuhkan caj2 tersebut sama sekali untuk sesuatu tempoh masa tertentu.
- Risalah promosi mungkin menitikberatkan kadar faedah permulaan yg rendah dengan saiz tulisan yg besar dan mudah dibaca, kadang2 tanpa mempamerkan tarikh luput.
- Kadar faedah selepas tamat tempoh promosi pula tidak dinyatakan dgn jelas, iaitu dengan menggunakan saiz tulisan yg kecil dan mungkin hanya tercatat di sebelah belakang borang permohonan atau di muka surat terakhir risalah promosi yg mengandungi banyak muka surat.
- Anda perlu memahami syarat2 promosi dan menyedari bila tempoh promosi akan tamat kerana anda mungkin dikenakan caj seperti biasa atau pada kadar yg jauh lebih tinggi setelah tempoh tersebut berakhir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








0 Response to "Khamis - 30 Disember 2010"
Post a Comment