Khamis - 5 November 2009

Mencari Pembantu RumahKeperluan terhadap pembantu rumah warga asing kini semakin meningkat. Hampir setiap wanita yang bekerja memerlukan pembantu rumah untuk menguruskan rumah tangga mereka. Walaupun banyak pusat penjagaan kanak2, tapi kebanyakan wanita bekerja lebih mudah mengambil pembantu rumah, terutama mereka yang mempunyai ramai anak atas faktor menjimatkan kos selain pembantu rumah yang boleh disuruh melakukan kerja2 rumah.

Bukan mudah mengambil pembantu rumah kerana ia ibarat untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Jika bernasib baik, anda akan mendapat pembantu rumah yang rajin, mendengar kata dan pandai membuat kerja tanpa disuruh.

Ambil pengalaman rakan2 sebagai panduan dalam memilih agensi pembantu rumah yang bertauliah dan menjalankan urusan pengambilan secara bertanggungjawab dan bukan sekadar mencari keuntungan semata2.

Ini kerana ada agensi yang mengambil kesempatan dengan menjanjikan pelbagai faedah dan pakej menarik kepada pelanggan sebaliknya apabila mendapat wang mereka mula bersikap lepas tangan.

Untuk itu, panduan daripada Jabatan Imigresen juga penting dalam memastikan syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi. Sebagai panduan mendapatkan pembantu rumah yang terbaik, faktor usia juga perlu diambil kira dengan tidak mengambil pembantu rumah yang terlalu muda atau tua sebaliknya ambil mereka yang berusia pertengahan kerana mampu membuat kerja rumah dengan baik.

Pemilihan usia penting kerana kadang kala terdapat agensi yang mengambil kesempatan menipu umur pembantu rumah. Sebelum membuat keputusan untuk mengambil pembantu rumah rajin2lah melayari laman sesawang Imigresen di www.imi.gov.my, Fomema di www.fomema.com.my atau Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (PAPA) di www.papa.com.my.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Khamis - 5 November 2009"

Post a Comment