Khamis - 22 Oktober 2009

Tips Mengatur Ruang Kecil
  • Elakkan menggunakan kelengkapan bersaiz besar, serabut dan rumit. Tentukan keluasan ruang adalah bersesuaian dengan saiz, reka bentuk dan jenis kelengkapan yang bakal menghiasi ruang. Jika ruang sempit ditempatkan dengan perabot kayu sarat dengan ukiran atau set sofa bersaiz besar, pasti ruang nampak sendat dan sarat. Sebaiknya gunakan perabot potongan ringkas dengan pilihan rona cerah untuk keseimbangan.
  • Aplikasi pelan terbuka iaitu mengambil kira struktur dinding bolhe dijadikan panduan kepada anda. Kebanyakan kediaman akan mengubah suai kedudukan dinding untuk proses penambahan ruang. Kenal pasti sama ada kedudukan dinding adalah selamat untuk struktur kediaman atau tidak. Jika tak sesuai, kekalkan kedudukan dinding asal.
  • Penggunaan cermin kaca terutamanya pada binaan tingkap, pintu dan dinding dapat membantu menjadikan ruang lebih luas.
  • Bina lekuk kecil untuk mengubah persepsi ruang agar kelihatan lebih lapang. Tapi perlu berhati2 kerana lekuk yang tidak bersesuaian boleh menjadikan ruang lebih sempit dan kecil.
  • Binaan siling sama ada berbentuk cekung atau dengan konsep terbuka (bumbung lut sinar) mampu mengubah ruang sempit menjadi lebih besar.
  • Siling tinggi memastikan kedudukan ruang menegak lebih seragam dan selesa.
  • Gabungan warna2 cerah sama ada pada permukaan dinding dan pilihan fabrik mudah disesuaikan dengan perabot. Warna putih bersih adalah selamat kerana mampu hadir dengan warna2 lain.
  • Kehadiran tekstur lembut dapat melapangkan ruang berbanding tekstur kasar. Kemasan lantai dengan sisipan panel kaca boleh membantu menyediakan pencahayaan pada seluruh ruang.
  • Ciptakan bayang pada titik fokus sama ada bahagian dinding atau siling. Kombinasi bersama warna juga boleh bertindak balas dengan cahaya untuk kesan lebih dramatik dan menarik.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Khamis - 22 Oktober 2009"

Post a Comment