Khamis - 15 Oktober 2009
Posted in |
at
8:07 PM
Persediaan Sebelum Membeli Rumah

- Sediakan wang yang mencukupi - Anda perlu ada cukut bajet untuk membeli apa sahaja jenis rumah yang diingini. Ini bagi mengelak anda menghadapi sebarang kesulitan terutamanya yang berkaitan dengan kewangan. Anda disarankan bahawa perbelanjaan membeli rumah adalah berdasarkan jumlah wang yang anda miliki dalam simpanan peribadi.
- Sumber kewangan - Sebaik-baiknya anda mempunyai simpanan sendiri yang cukup untuk membayar wang pendahuluan, iaitu lebih kurang 10 hingga 20% daripada harga rumah. Begitu juga dengan kos sampingan yang lain seperti firma guaman dan duti setem, dengan anggaran tambahan 3 hingga 5%.
- Lokasi rumah - Anda perlu pandai memilih lokasi yang terbaik mengikut tujuan membeli rumah, contohnya untuk menetap sendiri dan pelaburan. Jika anda membeli rumah untuk kegunaan sendiri dalam tempoh jangka panjang, carilah kawasan perumahan yang selesa dan boleh menenangkan jiwa anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







0 Response to "Khamis - 15 Oktober 2009"
Post a Comment