Khamis - 3 September 2009

Melengkapkan Landskap Idaman
  • Kolam untuk rekreasi - Mungkin bagi mereka yang mempunyai laman yang luas seperti di kampung, mendapat kelebihan untuk mencipta kolam yang luas untuk tujuan rekreasi.
  • Lindungi kolam - Jika mahu, anda boleh menggunakan kanvas yang direka khas untuk kolam. Ia bertujuan menjadikan kolam lebih eksklusif dan memberi satu rekaan unik buat kawasan tanaman secara keseluruhan.
  • Pencahayaan - Memandangkan kawasan kolam yang agak besar, soal keselamatan perlu diambil kira. Anda boleh menyediakan lampu taman yang unik, elegan dan bijak. Pencahayaan yang baik memberi kesan hebat pada taman anda.
  • Perabot santai yang lasak - Pilih perabot yang tahan lasak dan boleh tahan cuaca dan kelembapan. Pastikan juga perabot tersebut ringan dan mudah dialih. Perabot rotan lebih sesuai kerana ia tahan lasak dan menjadikan suasana kolam bagaikan di pusat percutian mewah.
  • Kolam di taman kecil - Bagi kolam yang agak kecil, anda boleh bermain dengan pelbagai media takungan seperti besen lama, tab mandi atau kawah untuk memasak. Atau, anda boleh bina kolam biasa yang dikemaskan dengan adanya batu-batu semulajadi. Pilih sama ada mahu membuat kolam di atas permukaan tanah atau di bawah permukaan tanah.
  • Tempat bersantai - Ruang yang terhad menyukarkan anda untuk menempatkan meja dan kerusi taman. Jadi, pilihlah bangku yang lebih ekonomi dan tempatkan ia berhadapan kolam atau di sudut kolam.
  • Tutup kolam dengan semulajadi - Pilih sepohon pokok rendang bagi memayungi kawasan kolam anda. Pokok kemboja merupakan antara pokok yang sesuai dengan landskap kolam di taman kecil. Wujudkan persekitaran subur dan menghijau dengan pohonan renek agar binaan kolam tidak kelihatan keras dan kaku.
  • Kolam rekaan semulajadi - Bagi yang halus pengamatannya, kolam boleh dijadikan sebahagian daripada rupa bentuk geografi laman. Bagaikan satu pembentukan kolam semulajadi. Jendela yang besar di sisi atau bukaan yang berdekatan dengannya menarik tuan rumah untuk menghabiskan masa di sekitar kolam.
  • Berkelah menikmati keindahan alam - Abadikan kerusi malas atau bina geladak, agar ia dapat dijadikan tempat untuk melepas lelah atau berehat. Jadikan laman anda lebih berfungsi seperti makan tengahari atau minum petang di kawasan kolam anda.
  • Pergola hiasan penting - Tidak perlu terlalu ghairah membina tempat berteduh di kawasan laman anda. Pergola boleh sahaja dibina bagi memayungi kawasan kolam dan mungkin sebuah gazebo kecil. Tanam sedikit tumbuhan tetapi elak memilih pokok bunga kertas kerana bunganya sering gugur. Sukar untuk membersihkan kolam dan sekaligus mencacatkan pemandangan kolam anda.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Khamis - 3 September 2009"

Post a Comment