Khamis - 13 Ogos 2009

Cara Mengawal Kemarahan Di Tempat Kerja
  • Berfikir Secara Rasional - Sebelum melepaskan kemarahan, cuba fikir sejenak apakah kemarahan anda akan berterusan dalam masa yang panjang atau ia hanya bersifat sementara? Persoalan ini memberi ruang kepada anda untuk berfikir lebih rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata.
  • Fikirkan Kesan Buruk - Fikirkan sejenak kesan buruk jika anda melepaskan kemarahan. Apakah tindakan itu meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang daripada rasa kemarahan itu? Jika benar, lebih baik anda bertenang. Andai kemarahan itu melibatkan perkara kecil, lebih baik lupakan saja kemarahan itu.
  • Kenang Semula Kebaikan - Ketika marah, cuba letakkan diri anda dalam situasi orang yang anda marahi. Fikir dan kenangkan kembali kebaikan dan jasa yang pernah dilakukan terhadap anda.
  • Beristighfar & Ambil Wudhuk - Bagi yang beragama Islam, mengambil wuduk adalah satu cara untuk meredakan kemarahan. Banyakkan beristighfar sehingga kemarahan anda reda.
  • Buat Kiraan - Ketika kemarahan anda memuncak, cuba buat kiraan 1 hingga 10 di dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa.
  • Pejamkan Mata - Ketika marah, pejamkan mata anda dan bayangkan yang istimewa dan indah bersama orang tersayang.
  • Teknik Pernafasan - Fokus pada cara pernafasan dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengar bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan fikiran.
  • Luah Perasaan - Anda boleh meluahkan perasaan pada suami atau isteri, saudara mara, teman-teman terapat atau pakar kaunseling agar anda tidak dibelenggu dengan kemarahan sendiri.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

1 Response to "Khamis - 13 Ogos 2009"

  1. DJ Mimie says:
    November 2, 2011 at 9:30 PM

    Diulangsiar pada hari Khamis 3 Nov 2011

Post a Comment