Khamis - 20 Ogos 2009

Tips Bentuk Taman Minimalis
  • Alihkan semua elemen dan komponen yang tidak diperlukan dalam pembentukan sebuah taman minimalis
  • Dengan menggunakan sejumlah kecil elemen hiasan atau pilihan kemasan yang terhad, jadikan ia sebagai satu komposisi yang kuat, jelas dan ringkas.
  • Gunakan komposisi geometri yang jelas, garis lurus pada jubin, tanaman tutup bumi sebagai batasan, kolam hiasan kecil yang ringkas.
  • Fikirkan juga bagaimana anda boleh mewujudkan ruang kosong bagi memenuhi keperluan aktiviti di taman tanpa menjejaskan penataan taman minimalis.
  • Anda tidak semestinya terikat dengan nilai simetri, namun pengayaan simetri (seimbang) di bahagian kiri dan kanan taman amat penting untuk memberi impak segera pada konsep taman minimalis.
  • Pengulangan dalam reka bentuk taman akan menghasilkan imej taman yang serba ringkas dan berirama.
  • Apabila anda telah kenal pasti di mana elemen landskap kejur dan lembut perlu ditempatkan, kini tiba masanya untuk menyatukan semuanya di lokasi atau sudut yang betul. Gunakan kemasan akhir daripada bahan moden bagi mencipta konsep taman yang kemas, bersih, ringkas serta selesa dipandang mata.
  • Pilihan jenis tanaman perlulah dihadkan. Kesan rimba atau kedesaan tidak akan membantu anda mencipta taman minimalis ini. Pilih tidak lebih daripada 2 atau 3 jenis tumbuhan. Pengehadan kuantiti spesis tanaman bagi membolehkan tanaman yang terpilih dapat dinikmati keindahannya secara eksklusif.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

1 Response to "Khamis - 20 Ogos 2009"

  1. DJ Mimie says:
    November 9, 2011 at 8:29 PM

    Diulangsiar pada hari Khamis, 10 Nov 2011.

Post a Comment