Khamis - 30 Julai 2009

Beli Rumah Secara LelongHari ini kaedah lelongan moden adalah salah satu cara biasa yang dapat melupuskan aset anda di pasaran terbuka untuk satu jualan segera pada harga tertinggi yang berkemungkinan. Ini kerana 2 perkara yang penting dalam urusan jual beli ialah masa dan wang.

Melalui lelongan, penjual dapat menjimatkan masa untuk melepaskan hartanahnya serta memperoleh wang dalam masa singkat. Ada harta yang tidak boleh dijual pada harga tertentu dapat dijual dengan harga tertinggi dalam jualan lelongan kerana hartanah akan dipromosikan dan didedahkan kepada segolongan pembeli yang berminat.

Bagi pembeli, lelongan memberi mereka peluang memilih hartanah mengikut bajet selain berkesempatan membeli pada harga pasaran, dengan keyakinan bahawa dia tidak terlebih membayar untuk hartanah berkenaan. Pembeli juga mungkin boleh mendapatkan hartanah yang lebih baik pada harga jauh lebih rendah dari harga pasaran.

Jika anda sedang mencari hartanah, selain membelek iklan jualan rumah yang disiarkan dalam akhbar, anda juga boleh meneliti iklan jualan lelong. Manalah tahu jika ada yang sesuai dan anda boleh membuat susulan dengan pelelong awam untuk mendapatkan maklumat lanjut atau menghadiri sesi jualan lelong pada tarikh yang diiklankan.

Anda juga boleh mendaftarkan diri dengan pelelong berlesen. Sebaik mendaftar, anda akan menerima maklumat mengenai hartanah lelong. Pelelong awam akan menghantar risalah lelongan, termasuk gambar hartanah kepada pembeli berminat yang berada dalam senarai mereka.

Pelelong juga akan menghubungi anda menggunakan senarai dalaman yang merekodkan individu yang berminat membeli hartanah dalam lelongan yang dijalankan. Selamat mencuba!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

1 Response to "Khamis - 30 Julai 2009"

  1. DJ Mimie says:
    October 19, 2011 at 9:33 PM

    Diulang siar pada hari Khamis, 20 Oktober 2011.

Post a Comment