Khamis - 16 Julai 2009
Posted in |
at
3:22 AM
Membeli belah Sambil Menabung
- Sebelum keluar membeli belah, senaraikan keperluan yang perlu dahulu. Sediakan jumlah yang dihadkan untuk berbelanja. Sebaiknya, bawa mesin kira semasa berbelanja. Simpan resit untuk membuat penyata kira-kira.
- Jangan beli sesuatu barang dari satu kedai sahaja. Buat perbandingan sebelum mebeli. ada kalanya antara satu kedai dengan kedai yang lain, harganya mungkin berlainan. Alah membeli, menang memakai.
- Bayar segala bil dan sewa rumah terlebih dahulu sebelum keluar membeli belah. Tunggakan akan membuatkan anda lebih berbelanja.
- Tetapkan sasaran untuk menabung bertujuan untuk membeli rumah, kereta atau berkahwin. Pastinya semangat untuk menabung berkobar-kobar.
- Utamakan barang keperluan seperti barang dapur dan perkakasannya, supaya anda jarang makan di luar. Untuk hiasan rumah, anda perlu beli sedikit demi sedikit. Barang perhiasan rumah tidak penting. Hadkan pembeliannya.
- Elakkan membawa kad ATM serta kad kredit semasa membeli belah. Jika anda membawanya, sudah pasti anda akan menggunakannya. Kawal nafsu dan belanja ikut senarai barangan yang telah ditulis. Jika ada barangan yang ingin dibeli, masukkan sahaja senarai barangan tersebut untuk bulan hadapan.
- Tidak salah jika ingin membeli barangan berjenama tetapi biarlah mengikut kemampuan gaji anda.
- Elakkan berhutang kerana pasti anda terpaksa membayar lebih kerana pinjaman tersebut kebanyakkan dikenakan faedah.
- Beli secara dalam talian atau online mahupun katalog boleh menjimatkan kerana tidak perlu membayar petrol mahupun tempat parkir kereta. Namun, perlu berhati-hati kerana mungkin barangan tersebut tidak sehebat yang dipaparkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








August 24, 2011 at 9:37 PM
Diulangsiar pada hari Khamis, 25 Ogos 2011