Khamis - 26 Mei 2011
Posted in |
at
9:02 PM
Apa yg Berlaku Selepas Kenderaan Anda Ditarik?
Dlm masa 21 hari selepas kenderaan anda ditarik, institusi perbankan akan memberi kepada anda dan setiap penjamin notis Jadual Ke-5 yg membenarkan anda membayar balik jumlah hutang kepada mereka. Anda boleh meminta mereka memulangkan kenderaan bermotor anda dengan ;
Dlm masa 21 hari selepas kenderaan anda ditarik, institusi perbankan akan memberi kepada anda dan setiap penjamin notis Jadual Ke-5 yg membenarkan anda membayar balik jumlah hutang kepada mereka. Anda boleh meminta mereka memulangkan kenderaan bermotor anda dengan ;- Menjelaskan semua jumlah yg tertunggak dan belanja tunai langsung termasuk kos penyimpanan, pembaikan atau penyelenggaraan, kos penarikan dan penghantaran balik yg ditanggung oleh institusi perbankan atau
- Membayar balik jumlah baki hutang sepenuhnya dan menyelesaikan semua belanja tunai langsung termasuk kos penarikan, pembaikan atau penyelenggaraan.
Jika anda atau penjamin tidak menyelesaikan jumlah belum jelas seperti yg ditetapkan dalam notis Jadual Ke-5 dlm tempoh 21 hari selepas notis Jadual Ke-5 dihantar kpd anda, institusi perbankan berhak menjual kenderaan bermotor anda melalui lelongan awam atau menawarkan kepada anda untuk membeli kenderaan tersebut pada harga yg lebih rendah daripada harga anggaran yg ditetapkan dalam notis Jadual Ke-5.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







0 Response to "Khamis - 26 Mei 2011"
Post a Comment