Khamis - 26 Ogos 2010

5 Punca Tidak Produktif di Tempat Kerja
  1. Benci pada kerja yg sedang dilakukan - Anda tidak menganggapnya sebagai tugas tetapi masalah. Akibatnya, hasil kerja yg dilakukan juga tidak memuaskan.
  2. Tidak fokus - Tumpuan anda terganggu kerana bunyi bising seperti radio rakan sepejabat. Nasihatkan rakan supaya memperlahankan bunyi tersebut atau cari tempat atau lokasi yg agak tenang utk menyelesaikan pekerjaan tersebut.
  3. Kesalahan dalam memberi keutamaan - Kerja yg penting harus didahulukan berbanding tugas yg lain yg tidak begitu penting. Pengaturan waktu kerja penting agar kualiti kerja menjadi lebih produktif.
  4. Banyak rehat - Berehat tidak salah, tetapi pada masa yg sama kerja tidak harus diabaikan sehingga terbengkalai segala kerja2 anda.
  5. Gaya hidup tidak sihat - Contohnya waktu tidur yg tidak cukup dan perlu diingat kesesgaran dan kesihatan diri berkait rapat dengan kemampuan fungsi otak. Jika tubuh tidak sihat, pastinya sukar bagi seseorang utk berfikir dengan baik apalagi meningkatkan produktiviti.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Khamis - 26 Ogos 2010"

Post a Comment