Khamis - 15 Julai 2010

Amalan Lestari Semasa Membeli Belah


  • Rancang pembelian untuk mengelakkan daripada membeli barangan yg tidak perlu. Cara ini juga akan membantu para pengguna untuk berjimat.
  • Rancang tempat untuk membeli belah bagi menjimatkan bahan api dan masa. Belilah barang keperluan dengan sekali pergi sahaja. Sebaik2nya kurangkan memandu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas atau berjalanlah untuk mengurangkan pencemaran udara.
  • Bertukarlah kepada petrol tanpa plumbum. Ia mengurangkan pelepasan plumbum ke atmosfera.
  • Pilih peralatan bebas kloroflorokarbon (CFC) serta mesra alam yg menjimatkan tenaga. CFC boleh memusnahkan lapisan ozon dan menyebabkan pemanasan global.
  • Sewa atau pinjam barang yg jarang digunakan. Menyewa lebih menjimatkan ruang penyimpanan barang dan wang.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Khamis - 15 Julai 2010"

Post a Comment